Call Us +60163370696
5 Petua Tradisional Untuk Elak Kencing Manis

5 Petua Tradisional Untuk Elak Kencing Manis

Kencing manis merupakan salah satu penyakit pembunuh utama rakyat Malaysia pada hari ini.

Selain penyakit sakit jantung dan kanser, penyakit yang juga dikenali sebagai diabetes mellitus ini amat digeruni oleh semau golongan masyarakat.

Ia wujud akibat gangguan metabolisme badan sehingga kandungan gula di dalam badan tidak dapat ditukarkan kepada tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan.

Dalam keadaan normal, pankreas menghasilkan insulin yang berperanan mengawal keseimbangan glukosa di dalam badan manusia dan membantu pergerakan glukosa ke sel badan melalui salur darah.

 

Punca Kencing Manis Terjadi

 

Faktor-faktor penyebab penyakit ini adalah seperti berikut:

  • Genetik
  • Obesiti
  • Kurang bersenam
  • Tidak menjaga pemakanan  – gemar mengambil makanan yang kurang serat dan tinggi kandungan lemak
  • Pertambahan usia

 

Gejala kencing manis

 

Rasa kebas pada kaki dan tangan

Pesakit akan sering merasa kebas di kaki dan tangan. Ia berpunca dari masalah atau kerosakan sistem saraf atau pembuluh darah.

Ia juga boleh menyebabkan bengkak pada dua anggota badan berkenaan kerana aliran darah tidak lancar.

 

Terlalu dahaga dan kerap buang air kecil di waktu malam

Sering haus juga menjadi antara tanda utama seseorang itu mengalami masalah diabetis. Pesakit juga kerap buang air kecil pada waktu malam.

Masalah ini terjadi kerana buah pinggang dipaksa bekerja dengan lebih kerasa untuk memproses glukosa.

Pesakit akan minum air dalam kuantiti yang banyak kerana badan sedang dalam usahanya untuk menggantikan air yang hilang.

 

Pandangan kabur

Pesakit akan mengadu tahap penglihatannya mula menurun dan tidak dapat melihat dengan jelas.

Ia berpunca dari kandungan gula yang tinggi di dalam darah dah mengubah saiz kanta. Seseorang itu boleh menjadi buta jika simptom ini dibiarkan.

 

Berat badan menurun

Ia berlaku kerana badan gagal memproses glukosa sebagai tenaga. Jangan buat tak endah sekiranya berat badan berkurangan secara tiba-tiba meskipun anda makan seperti biasa.

 

Luka lambat sembuh

Gula yang berlebihan di dalam badan akan merosakkan saluran darah sekaligus melambatkan proses penyembuhan luka.

Ada juga pesakit langsung tidak merasa sakit pada bahagian badan yang cedera. Ia boleh menjadi semakin teruk dan membusuk sehingga kaki perlu dipotong.

 

Sekiranya anda sedang mengalami masalah kencing manis, apa kata anda cuba lima petua tradisional ini.

Ianya adalah bahan-bahan yang mudah didapati di sekeliling anda. 

 

1. Kayu manis

Rempah ini berupaya mengawal paras glukosa di dalam darah. Menurut pelbagai kajian, kayu manis mampu menambahkan tahap glukosa di dalam darah dan keupayaan insulin darah.

 

2. Halia

Bahan utama masakan ini antara lainnya mampu mengawal kadar glisemik, menghasilkan insulin dan membantu masalah katarak pada mata.

Menurut satu kajian, dengan menggunakan 2 gram serbuk halia terhadap pesakit kencing manis tahap 2 secara harian dapat mengurangkan paras gula dalam salur darah sehingga 12%.

 

3. Peria katak

Peria katak mengandungi lektin yang membantu menurunkan kadar glukosa dalam darah. Ia juga mampu menyekat selera makan seseorang. 

Amalkan peria katak bersama epal hijau, daun saderi atau timun tanpa dicampur gula. Amalan meminum jus ini dapat merendahkan bacaan gula di dalam darah supaya ia berada dalam paras normal dan terkawal. 

 

4. Lidah buaya

Jus lidah buaya mampu memulihkan luka dalam tempoh singkat. 

Untuk membuat jus lidah buaya, ambil sebatang lidah buaya.

Bersihkan, kupas kulit dan duri. Rendam di dalam air garam selama 30 minit.

Kemudian bilas dengan air dan rebus dengan tiga gelas air sehingga mendidih. Tunggu sehingga sejuk baru diminum. Minum setengah gelas tiga kali sehari dan lakukan secara konsisten.

 

5. Daun kari

Ia mengandungi fitokimia yang berupaya mengawal tahap gula darah pesakit.

Selain memberi kesan kepada metabolisme karbohidrat, daun kari juga dapat meningkatkan peranan insulin dengan meningkat pengeluaran sel pankreas.

 

Penggunaan bahan semulajadi yang murah dan mudah didapati ini baik untuk kesihatan.

Namun adalah lebih baik anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk pemeriksaan. Dapatkan nasihat berkenaan menu pemakanan dan kaedah yang sesuai untuk merawat kencing manis.

 

test - f
0
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping