Call Us +60163370696
7 Cara Elak Tekanan Darah Tinggi Yang Ramai Tak Tahu

7 Cara Elak Tekanan Darah Tinggi Yang Ramai Tak Tahu

Tekanan darah tinggi adalah satu penyakit senyap yang boleh membawa kepada masalah yang lebih teruk.

Di Malaysia, dianggarkan hampir 40% rakyat serta atau satu daripada tiga orang dewasa mengidap penyakit ini. Ia boleh membawa maut sekiranya seseorang itu tidak dirawat dengan segera.

Seseorang itu berisiko memperolehi penyakit ini sekiranya ada ahli keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi, stress, diabetes dan obesiti.

Ia boleh menyerang secara tiba-tiba. Apabila seseorang menghidapinya, saluran darah di bahagian jantung akan sempit sehingga mendatangkan komplikasi seperti serangan jantung.

 

Apakah bacaan tekanan darah yang tinggi?

 

Bacaan yang normal adalah tekanan darah sistolik <140 dan diastolik <90.

Bacaan sistolik antara 120 hingga 139 atau diastolik antara 80 hingga 89 pula dianggap sebagai pra-tekanan darah tinggi.

Bacaan >140/90 pula menunjukkan seseorang itu menghidap tekanan darah tinggi.

 

Bagaimana merawat tekanan darah tinggi?

 

Pastikan anda segera mendapatkan nasihat dan rawatan doktor sekiranya sering berasa sakit kepala dan rasa berdenyut pada pada bahagian belakang kepala.

Rawatan terhadap penyakit ini boleh didapati dalam bentuk ubat-ubatan. Pesakit perlu mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Sekiranya seseorang disahkan menghidapi penyakit ini, dia perlu terus mendapatkan rawatan supaya tekanan darah tidak naik secara mendadak.

Patuhi temujanji dengan doktor seperti yang telah ditetapkan oleh klinik atau hospital.

 

Bagaimana mengawal tekanan darah tinggi?

 

Selain ubat-ubatan, pesakit perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan mengelakkan makanan yang mengandungi kolestrol dan garam yang berlebihan.

Mereka juga perlu sentiasa bersenam, menguruskan stress, tidak merokok dan sentiasa kerap melakukan pemeriksaan di hospital.

Selain dari apa yang dinyatakan di atas, anda boleh mencuba petua semulajadi yang anda boleh amalkan di rumah:

 

1. Air kelapa

Tahukah anda, air kelapa mampu mengurangkan tekanan darah kerana mengandungi magnesium dan kalium?

Amalkan minum 8 auns air kelapa segar tanpa dicampur gula antara satu hingga dua kali sehari pada waktu pagi.

 

2. Bawang putih

Bawang putih mengandungi allicin, satu sebatian yang dapat untuk menurunkan tekanan darah dengan selamat.

Ambil dalam tempoh tiga bulan untuk kesan kesihatan yang positif.

 

3. Bunga Raya

Bunga raya mengandungi kandungan diuretik yang mampu menarik keluar natrium dari salur darah dan mengurangkan tekanan pada dinding salur darah. 

Anda boleh mengamalkan teh bunga raya. Didihkan air bersama 2 sudu besar kelopak bunga raya yang dikeringkan dan sebatang kulit kayu manis.

Apabila sudah mendidih, tambah madu atau limau. Elok diamalkan dua hingga tiga kali dalam sehari.

 

4. Tembikai

Tembikai mengandungi citrulline, satu bahan organik yang boleh menukarkan asid amino kepada asid amino L-arginine untuk menghasilkan nitrik oksida yang dapat menstabilkan tekanan darah.

Anda boleh mengmalkan meminum air tembikai pada setiap pagi sebelum makan.

 

5. Herba Hawthorn

Ia kaya dengan flavonoid yang mampu mengurangkan masalah seperti perasaan berdebar serta mengurangkan risiko tekanan darag tinggi.

Herba hawthorn boleh didapati di farmasi sama ada dalam bentuk teh atau uncang.

 

6. Minyak ikan

Kandungan Omega-3 di dalam minyak ikan amat baik untuk kesihatan jantung manusia.

Ia juga dapat membantu seseorang mengawal tekanan darah tinggi. 

Anda boleh mengamalkan pengambilan minyak ikan sama ada dalam bentuk pil atau dicampur dengan jus buah-buahan.

 

7. Teh halia dan pelaga

Menurut satu kajian, dengan mengambil satu sudu teh buah pelaga setiap hari dalam tempoh beberapa minggu, ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

Kombinasi halia dan buah pelaga sebagai teh mampu menyihatkan jantung sekaligus melancarkan peredaran darah.

 

Demikian adalah beberapa petua kesihatan untuk membantu anda mencapai kesihatan yang terbaik untuk mengelakkan masalah darah tinggi.

Dapatkan produk supplemen untuk meningkatkan kesihatan anda di laman web kami

 

test - f
0
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping