ubat sakit lutut

5 Cara Memilih Ubat Sakit Lutut Yang Berkesan

Apakah ubat sakit lutut yang terbaik di pasaran?

Ada bermacam-macam produk sakit lutut di luar sana, namun adakah ianya memenuhi kemahuan anda?

Dalam artikel kali ini, anda akan mengetahui lebih lanjut tentang panduan untuk memilih ubat sakit lutut yang baik.

Apa Yang Membuatkan Orang Mencari Ubat Sakit Lutut?

Kebiasaannya, mereka yang sering sakit lutut dan sudah berusia akan mula mencari ubat untuk mengurangkan kesakitan yang dialami.

Kita biasa melihat keadaan ini berlaku kepada ibu bapa kita apabila mereka mencapai usia tua.

Mereka akan mula mengadu sakit lutut ketika berdiri untuk bersolat, sukar untuk nak menaiki tangga dan tak boleh berdiri lama.

Ianya juga bergantung kepada tahap kesakitan; sakit lutut jangka pendek dan sakit lutut jangka panjang.

Bagi mereka yang mengalami sakit lutut jangka pendek, boleh membantu mengurangkan kesakitan dengan membeli makanan tambahan atau suplemen sakit lutut di farmasi.

Pesakit jangka panjang perlu mendapatkan rawatan dan nasihat lebih lanjut dari doktor pakar di hospital. Pesakit jangka panjang biasanya mungkin menghidap penyakit kronik seperti arthritis, gout dan kecederaan akibat bersukan.

Oleh kerana itu, pemilihan rawatan sakit lutut perlu diketahui dengan betul supaya kesakitan dapat dikurangkan.

1.  Pilih Produk Yang Ada KKM

6

Anda bebas memilih apa sahaja produk sakit lutut tetapi pastikan produk itu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini kerana setiap produk yang dipamerkan dan diiklankan perlu mematuhi piawaian  yang ditetapkan oleh KKM.

Ia juga untuk memastikan produk kesihatan itu selamat dimakan dan tidak mendatangkan masalah atau mudarat kepada pengguna.

2. Pilih Produk Yang Dihasilkan Daripada Bahan-Bahan Semulajadi

herbs

Ketika anda membeli produk sakit lutut, pastikan anda melihat senarai kandungan pada botol produk tersebut.

Terdapat produk yang dihasilkan daripada sebatian kimia untuk merawat sakit lutut. Produk-produk ini biasanya hanya boleh diambil dengan pengesyoran dan preskripsi dari pihak doktor pakar kepada pesakit semasa mendapatkan rawatan di hospital.

Sekiranya anda mahukan produk alternatif, and boleh memilih produk yang diformulasikan daripada herba-herba semulajadi untuk mengurangkan sakit lutut.

Produk-produk herba semulajadi ini boleh membantu dalam beberapa aspek seperti:

  • Boleh membantu menambahkan pelincir di dalam sendi
  • Membantu menambah ketebalan rawan sendi
  • Membantu memperbaiki ligamen 
  • Membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak pada sendi.

3. Lihat Pada Kesesuaian dan Kesan Sampingan 

3

Setiap produk kesihatan sama ada ubat preskripsi atau suplemen herba mungkin memberi kesan yang berlainan bagi setiap individu. Bukan semua individu akan mendapat kesan terbaik selepas menggunakan sesuatu produk. Bergantung kepada reaksi badan anda dan sama ada anda lebih selesa mengambil suplemen dalam bentuk pil, kapsul, minuman atau krim sapuan, anda boleh memilih suplemen yang bersesuaian. Jika anda mengalami sebarang kesan sampingan seperti pening, gatal atau mana-mana reaksi alergi, anda harus segera merujuk pakar kesihatan anda.

Sekiranya perlu atau anda mempunyai masalah kesihatan yang sedia ada, anda harus mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil apa-apa ubat atau suplemen sakit lutut.

4. Diyakini Oleh Ramai Pengguna

alpha mydin mall

Lazimnya, produk yang diyakini adalah produk yang digunakan oleh ramai pengguna sedia ada.

Sekiranya anda sedang membuat pilihan untuk memilih produk, pastikan anda melihat testimoni dan maklumbalas pengguna.

Selalunya maklumbalas yang positif daripada pengguna menunjukkan produk itu lebih diyakini untuk anda cuba. Tetapi anda masih harus merujuk pakar kesihatan untuk mendapatkan kepastian terlebih dahulu.

5. Teknologi Rawatan Terkini

pexels photo 1288484

Anda juga boleh memilih rawatan moden. Kini, kemajuan teknologi perubatan membolehkan rawatan sakit lutut menggunakan kaedah sel stem.

Kaedah ini bermula pada tahun 2003 dan kini memasuki kajian peringkat kedua dan akan dikomersialkan sepenuhnya pada tahun 2021.

Selain itu, rawatan haba atau termotherapi juga terkenal di kalangan mereka yang mengalami sakit lutut.

Ia melibatkan penggunaan haba panas atau sejuk pada sendi untuk meningkatkan peredaran darah serta merehatkan otot.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pilihan rawatan fizikal ini, anda boleh merujuk klinik atau hospital berdekatan.

Kesimpulan

Pemilihan produk sakit lutut amat penting bagi membantu mengurangkan kesakitan dan membolehkan anda melakukan rutin harian tanpa gangguan.

Bagi anda yang mahu mendapatkan produk sakit lutut kami secara online, anda boleh mendapatkannya di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penghantaran Percuma

Tiada Syarat Pembelian Minima

Transaksi 100% Selamat

Online Banking / PayPal / Credit Card

100% Produk Asli GCHerbs

Kedai Online milik GCHerbs sendiri

Halal & Produk Lulus KKM

Ada Kelulusan Halal Jakim & KKM