buasir selepas bersalin

Buasir selepas bersalin : Jaga pemakanan anda jika mahu pulih!

Buasir selepas bersalin adalah pengalaman ngeri buat  ibu-ibu selepas melahirkan zuriat. Ini kerana, berpunca daripada masalah sembelit yang tidak dirawat sepanjang tempoh kehamilan lalu. Bayangkan kesannya adalah buasir. Kesakitan yang terpaksa dialami selepas bersalin. Dalam artikel ini kami akan berikan cara bagaimana hilangkan buasir selepas bersalin. 

Apakah gejala buasir selepas bersalin? 

Buasir boleh menjadi dalaman, di mana ia terbentuk di dalam rektum. Ia  juga boleh menjadi buasir  luaran, terletak di sekitar pembukaan dubur. Gejala buasir selepas bersalin termasuk:

  1. Sakit di kawasan dubur
  2. Gatal di kawasan dubur
  3. Pendarahan semasa membuang air besar
  4. Ketulan sensitif berhampiran dubur 

Mengapa buasir selepas bersalin terjadi? 

Orang tua-tua terdahulu sering kali memberi pesan kepada ibu-ibu yang dalam pantang bersalin bahawa, kurangkan meminum air masak untuk pastikan dalaman kewanitaan lebih sihat. Serta kurangnya makanan yang mempunyai serat tinggi dalam menu berpantang. 

Asbab tersebut, menjadikan ibu yang dalam tempoh berpantang menjadi buasir akibat sembelit teruk. 

Buasir adalah paling cepat menyerang ibu selepas bersalin kerana kekurangan serat dalam pemakanan dan mengamalkan minum  air berkurangan dalam tempoh berpantang. 

Bagaimanakah cara  hilangkan buasir selepas bersalin?

Buasir selepas bersalin akan menjadikan ketidakselesaan kepada ibu. Jadi, cara hilangkan buasir tersebut dengan : 

  1. Penggunaan garam sebaiknya dikurangkan dalam pemakanan. Garam berlebihan dalam diet anda, akan menyebabkan cecair mengakung. Ini bermakna semua urat akan membengkak termasuklah buasir.
  2. Mandi air suam. Cuba anda berendam dalam keadaan yang lama  di dalam air suam. Dinasihatkan lakukan setiap kali anda membuang air besar. Lakukan setiap hari dalam tempoh 15 minit sahaja bagi meredakan kesakitan buasir. 
  3. Jika anda merasakan kesakitan akibat buasir, boleh mengambil paracetamol sebagai ubatan tahan sakit. Jika sembelit berterusan boleh mengambil julap sebagai alternatif lain, memandangkan anda ibu yang baru bersalin dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 
  4. Suntikan atau “sclerotherapy ”: Buasir dalaman boleh disuntik dengan cecair yang mencetuskan parut dan menutup buasir. Suntikan akan menyakitkan sedikit.
  5. Buasir prolaps sering dikeluarkan menggunakan getah “ligation”. Alat khas menjaminkan getah kecil di sekeliling buasir, menutup bekalan darah hampir dengan serta-merta. Dalam masa seminggu, buasir akan jatuh.
  6. Pembuangan buasir atau pembakaran. Ianya teknik yang dilakukan melalui kaedah  pancaran laser, cahaya inframerah, pembakaran kecil tanpa kesakitan, menyebabkan ia menutup dan mengecut. Ini amat berguna untuk buasir yang telah prolaps.
  7. Melalui pembedahan, jika ianya buasir dalaman yang besar, atau buasir luaran yang tidak selesa. Doktor akan memilih jenis kaedah pembedahan mengikut masalah buasir. Hemorrhoidectomy adalah rawatan pembedahan tradisional.
  8. Alat khas menjamin getah kecil di sekeliling buasir, menutup bekalan darah hampir dengan serta-merta. Dalam masa seminggu, buasir akan jatuh. Ianya sesuai bagi masalah buasir prolaps sering dikeluarkan menggunakan getah “ligation”. 
  9. Kajian terhadap 200 wanita mendapati bahawa : pad gel sejuk melegakan kesakitan semasa pemulihan dan meningkatkan keselesaan mereka. Sapukan pek ais selama 20 hingga 30 minit, beberapa kali sehari. Balut pek ais dalam kain supaya ia tidak bersentuhan langsung dengan kulit anda.
  10. Jangan duduk terlalu lama. Duduk untuk masa yang lama meningkatkan tekanan pada urat dalam dubur anda. Sebaliknya, baring sebanyak mungkin, seperti semasa anda menyusu.
  11. Guna bantal. Apabila anda perlu duduk, duduk di atas bantal atau donat buih.
  12. Cara lain untuk mengelakkan masalah  sembelit ialah dengan senaman kagel setiap hari . Latihan ini menguatkan bukan sahaja otot yang membantu sistem perkumuhan seperti kencing, tetapi juga otot di sekeliling rektum anda.

Apakah makanan berpantang  bagi mengelakkan kejadian buasir selepas bersalin? 

Sebenarnya terlalu banyak ibu-ibu mendengar segala pantang ketika bersalin, dan akhirnya memakan diri mereka sendiri. Tubuh badan selepas melahirkan anak, banyak tenaga telah dihabiskan sewaktu bertarung nyawa di dalam dewan Hospital. Sebaiknya gantikan dengan makanan yang sihat supaya ibu-ibu cepat bertenaga. 

Buah Pear 

Pear juga mengandungi sejenis serat yang dipanggil pektin. Pektin sangat berkesan untuk melancarkan pergerakan usus dan menyokong pertumbuhan bakteria usus. Buah pear adalah kebaikan yang Allah sudah ciptakan bagi mereka yang sedang sembelit. Dikatakan serat tinggi boleh didapati dalam buah pear, kandungannya adalah 20% serat yang diperlukan dalam diet anda. 

Avokado 

Dikatakan buah Avokado adalah buah yang kaya dengan serat. Ia juga kaya dengan vitamin B Kompleks, Vitamin C dan E. Juga bermanfaat untuk proses pencernaan. 

Gandum 

Gandum bukan sahaja tinggi serat, tetapi juga  sebagai salah satu makanan paling sihat. Oatmeal dapat membantu dalam pemakanan anda ketika berpantang. 

Quinoa 

Makanan berserat tinggi ini mengandungi sejumlah nutrien, termasuk protein, magnesium, besi, zink, kalium, dan antioksidan. Dalam setiap 100 gram quinoa terdapat kira-kira 2.8 gram serat.

Tumbuhan semula jadi

Fructus Citrus Aurantium Lang, Sanguisorba Officinalis, Ledebouriella Divaricata Radix, Cacumen Biota Orientalis, dan Radix Angelicae Sinensis.

Dan, keistimewaannya 5 jenis tumbuhan ini boleh didapati dalam GCherb Dispiles. Ia membantu mengecutkan buasir, membantu menghentikan pendarahan di dubur, membantu menghilangkan kegatalan serta kesakitan di dubur, bertindak melancarkan proses pembuangan najis, dan memulihkan luka  dalaman serta luaran dubur dengan pantas. 

Apa kata testimoni GcHerbs Dispiles : 

“Alhamdulillah. Saya baru makan pil Dispiles ni 3-4 hari, saya membuang pun dah kurang sakit. Tak de pun masalah lepas membuang sakit pedih, tak senang duduk, gatal-gatal, masalah sembelit pun dah tak de sebab dulu kadang saya ada masalah sembelit. Sekarang ni ni elok je dia keluar, dan buasir saya pun dah makin mengecut. Bagi saya memang mujarab la. Mula-mula risau juga nak cuba sebab takut tak berkesan tapi bila dah makan ikut schedule yg en bagi tu. Alhamdulillah, memang nampak kesan nya, memang bagus la. Tu saya nak repeat order lagi. Nanti nak terus continue makan sampai betul-betul  elok.” – Testimoni pengguna di Whatsapp. 

Dapatkan GcHerbs Dispiles, ubat buasir di sini

Atau dapatkan di farmasi-farmasi terpilih sahaja.

Apakah kebaikan serat dalam makanan selepas  berpantang?

  1. Mampu mengalakkan pergerakan usus dengan sihat serta mencegah berlakunya sembelit.
  2. Membantu menurunkan berat badan dengan sihat. Berat badan yang berlebihan di katakan penyumbang utama kepada kejadian buasir. 
  3. Mengawal paras gula dalam darah dengan lebih baik serta pengurangan risiko diabetes. 
  4. Dapat mengalakkan kesimbangan mikrobiota usus. 

Kesimpulannya:

Seimbangkan antara pengambilan air dan pemakanan serat tinggi  yang membantu mengelakkan buasir selepas bersalin terjadi. Pastikan makanan serat tinggi diambil seimbang dengan minuman  yang mencukupi. Kesan lain, jika tubuh badan tidak mencukupi serat dalam pemakanan ialah dengan kedatangan penyakit lain seperti buasir, Diabetes dan  masalah Jantung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penghantaran Percuma

Tiada Syarat Pembelian Minima

Transaksi 100% Selamat

Online Banking / PayPal / Credit Card

100% Produk Asli GCHerbs

Kedai Online milik GCHerbs sendiri

Halal & Produk Lulus KKM

Ada Kelulusan Halal Jakim & KKM