minuman kuruskan badan

8 minuman kuruskan badan yang berkesan.

Minuman kuruskan badan ini memang diperlukan bagi individu yang sedang berdiet. Antara minuman atau jus diet yang mampu menurunkan badan adalah yang semulajadi iaitu dikisar segar dari rumah anda, serta tanpa penambahan gula dalam jus diet itu sendiri.

Menurut sebuah kajian mendapati, dengan mengamalkan minuman kuruskan badan dapat menurunkan berat badan, sekali gus dapat menurunkan gula dalam darah serta meningkatkan metabolisma badan.

Jus atau minuman kuruskan badan yang selamat dan berkesan

Minuman kuruskan badan yang selamat sudah tentunya mengandungi daripada  sayur-sayuran tanpa penambahan  gula. 

Air masak 

Meminum air masak dapat kuruskan badan. Ini kerana air masak tidak mengandungi kalori. Tetapi H20 lebih berkualiti untuk penurunan berat badan secara berkesan. 

Kajian mendapati bahawa, jumlah kalori dapat membakar sebanyak 24 sehingga 30%. Iaitu  dalam masa 10 minit selepas minum air masak sebelum makan menjadikan anda rasa puas dan kenyang. Jadi, sila ubah dengan mengamalkan minum air jika lapar, bukan dengan menambah makan snek. 

Teh Hijau 

Teh hijau dikatakan minuman kuruskan badan yang berkesan kerana ia mempunyai Catechin. Yang mana mengandungi antioksidan kuat. Juga berkesan dalam meningkatkan metabolisma serta pembakaran lemak. 

Catechin yang paling ketara adalah epigallo Catechin Gallate ( EGCG ) . Ia sebagai penggalak metabolik yang berkesan. Minuman teh hijau perlu di minum secara panas, supaya cepat  rasa kenyang. Cara ini sangat membantu dalam menguruskan badan. 

Air Lemon 

Tiada bukti asas yang mengatakan air lemon menurunkan detoks atau metabolisma. Tetapi telah memberi manfaat lain kepada kesihatan. 

Masukkan lemon ke dalam air kosong adalah salah satu cara merendahkan kalori yang baik untuk di minum. Kepada sesiapa yang kurang mengamalkan meminum air kosong setiap hari, apa kata anda mencuba perahkan lemon ke dalam air kosong suam. Kerana ia kaya dengan vitamin C, serta membantu penyerapan zat besi dan  mengurangi risiko kanser. 

Jus hijau sesuai untuk diet

Jika anda risau jus buah-buahan mengandungi kandungan gula yang tinggi. Apa kata anda cuba dengan minuman sayur-sayuran segar. Kerana sayuran adalah minuman rendah karbohidrat. 

Manakala, jus sayuran kaya dengan vitamin dan nutrien yang penting untuk kesihatan menyeluruh. Dengan mengamalkan minuman sayuran akan menjadi kenyang lama kerana ia mengandungi banyak serat. 

Salah satu menghentikan hipertensi adalah dengan mengamalkan jus sayuran. Selain itu, diet membantu pengamalnya menurunkan berat badan. 

Sebagai contoh minuman kuruskan badan dengan sayur-sayuran adalah celery, beet root, saderi, brokoli dan kangkung serta bayam. 

Semua sayur-sayuran boleh menjadi sumber tambahan yang kaya dengan nutrien untuk diet anda. Matlamat untuk makan sayur-sayuran setiap hari.

Contoh sayur-sayuran termasuk:

  1. hijau berdaun
  2. buah tomato
  3. cili belanga
  4. kacang hijau
  5. skuasy

Jintan Manis

Walaupun jintan manis digunakan dalam masakan harian. Jintan manis juga boleh dijadikan sebagai minuman kuruskan badan. Ini kerana jintan manis mempunyai antioksidan serta anti radang yang di panggil Thymoquinone. 

Jika anda merasakan kenaikan berat badan, teh jintan manis dapat membantu dalam menguruskan badan.

Kopi

Kopi adalah minuman kegemaran ramai. Tapi tahukah anda, hanya dengan mengamalkan kopi setiap hari mampu menurunkan berat badan. Kopi yang dimaksudkan adalah kopi hitam yang tidak mempunyai kalori dan kafein serta boleh meningkatkan metabolisma.

Disarankan untuk mendapatkan kesan baik, anda perlu minum kopi tanpa gula atau susu.

Ia juga merangsang sistem saraf yang memberi isyarat kepada badan untuk memecahkan sel-sel lemak dan menggunakannya sebagai sumber tenaga berbanding glikogen.

Cuka Epal

Seterusnya minuman yang boleh di amalkan adalah cuka epal. Boleh di minum dengan sukatan 2 sudu kecil setiap hari, serta dibancuh ke dalam air suam. Selain membantu pengurusan berat badan, ia juga mengawal gula dalam darah.

Halia

Halia juga dikatakan minuman yang paling sesuai dalam penurunan berat badan. Mengandungi karbohidrat, protein, kalori dan serat.

Bersifat rasa pedas, serta mudah didapati melalui pasaraya dan kedai runcit. Agen pembakar lemak pantas, serta bantu mengurangkan selera makan.

Harus dielakkan kepada sesiapa yang mempunyai masalah pencernaan seperti gastrik, usus, dan gerd. Jangan sesekali mencuba minuman halia ini.

Mengapa perlu mengamalkan minuman kuruskan badan

Orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang sihat, berisiko tinggi untuk mendapat banyak penyakit serius dan keadaan kesihatan. Ini termasuklah : 

  1. Semua punca kematian ( kematian ).
  2. Tekanan darah tinggi ( hipertension )
  3. Kolesterol LDL tinggi, kolesterol HDL rendah, atau tahap trigliserida yang tinggi ( dislipidemia ).
  4. Diabetes jenis 2.
  5. Penyakit jantung koronari.
  6. Strok.
  7. Penyakit pundi hempedu.
  8. Osteoartritis ( kerosakan rawan dan tulang dalam sendi ).
  9. Apnea tidur dan masalah pernafasan.
  10. Mengundang pelbagai jenis kanser.
  11. Kualiti hidup yang rendah.
  12. Penyakit mental seperti kemurungan klinikal, kebimbangan, dan gangguan mental lain
  13. Sakit badan dan sukar untuk berfungsi secara fizikal 
minuman kuruskan badan
jus diet hijau

Nak hasilkan jus untuk diet cepat kurus?

  1. Hanya gunakan sayur-sayuran hijau yang dipenuhi air dan sayur-sayuran berdaun, seperti timun, saderi, batang brokoli, kangkung dan bayam. Jika anda nak tahu, jus hijau ini sesuai untuk diet.
  2. Elakkan menambah jumlah buah-buahan atau sebarang gula yang berlebihan ke dalam jus hijau anda kerana gula menimbulkan keradangan dan boleh membahayakan penghadaman anda, yang bertentangan dengan manfaat jus hijau yang anda cari.
  3. Jika perlu, tambahkan 1/2 buah epal atau pear untuk sedikit rasa manis. Supaya menjadikan jus lebih sedap jika anda tidak boleh minum. Epal dan buah pear penuh dengan enzim dan nutrien yang bagus, tetapi jangan terlalu banyak digunakan dalam jus. Atau boleh menambah sedikit lemon atau limau untuk vitamin c tambahan dengan rasa sitrus yang kuat.
  4. Penting! Jangan sekali-kali menambah kulit limau atau limau ke dalam pemerah jus kerana ia menumpukan minyak pati terlalu banyak dan boleh mengganggu perut anda. 
  5. Sebaliknya, sentiasa kupas kulit  sitrus sebelum memasukkannya ke dalam mesin jus, atau hanya perah sepotong lemon atau limau nipis ke dalam jus hijau anda dan bukannya memasukkannya melalui mesin jus.

Bilakah waktu sesuai minuman kuruskan badan?

Sebaiknya diamalkan pada bila-bila masa. Tetapi disarankan mengamalkan sebelum sarapan pagi, dalam keadaan perut kosong. Agar penyerapan lebih cepat iaitu vitamin, mineral dan phytonutrients supaya menyerap dengan lebih baik untuk proses detoks. 

Kesimpulan mengenai jus minuman kuruskan badan

Dalam mengamalkan minuman kuruskan badan ini, anda di nasihatkan agar minum air masak mencukupi. Serta jangan melebihi sukatan minuman yang disarankan, risau overdose pula. Minuman tidak salah, yang menjadi masalah adalah anda kerana taksub mahu kurus. Selain itu, jangan lupa mengamalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senaman secara konsisten.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penghantaran Percuma

Tiada Syarat Pembelian Minima

Transaksi 100% Selamat

Online Banking / PayPal / Credit Card

100% Produk Asli GCHerbs

Kedai Online milik GCHerbs sendiri

Halal & Produk Lulus KKM

Ada Kelulusan Halal Jakim & KKM