Sakit belakang yang berpanjangan jika tidak dirawat, akan bertambah teruk serta menyebabkan penyakit yang lebih serius terhadap tulang belakang. Jadi, dalam artikel ini kami kongsikan punca, simptom dan cara hilangkan sakit belakang secara semula jadi dan selamat. Hampir setiap orang mengalami sakit belakang setiap hari, dari pelbagai jantina dan umur. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk ketegangan otot, postur yang lemah, dan kecederaan. Sakit belakang adalah kesakitan yang dirasai pada bahagian belakang badan kebawah. Disebabkan sakit belakang juga akan mengganggu aktiviti-aktiviti harian anda. Ia juga dikatakan penyakit yang berkaitan sendi.
Dikatakan sakit belakang bukan sahaja mudah menyerang warga emas, tetapi boleh menyerang kepada sesiapa yang melakukan kerjanya secara tetap dengan postur badan yang sama. Dalam keadaan duduk yang terlalu lama.

Cara hilangkan sakit belakang dengan selamat
Apakah punca utama kepada masalah sakit belakang?
Ketegangan otot
Ia berlaku disebabkan overstretching sewaktu bersenam, kekurangan atau terlebih pergerakan, dan akibat faktor cuaca sejuk.
Postur yang lemah
Merujuk pada ketidakseimbangan posisi tubuh ada berkait rapat dengan graviti. Ia yang menyebabkan ketegangan berlebih pada otot, ligamen, dan sendi. Majoriti zaman digital, mendapat sakit belakang disebabkan duduk berjam-jam di depan laptop atau komputer, menggunakan smartphone, dan kurang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam.
Mengangkat objek berat secara tidak betul
Anda mengangkat objek dalam keadaan tidak betul. Dari segi cara membongkokkan badan dan angkat.
Penyakit cakera degeneratif
Stenosis tulang belakang
Sakit sendi
Osteoarthritis yang mengganggu
Cakera hernia
Bagaimana jika mahu ketahui simptom sakit belakang?
1. Sakit semakin bertambah teruk dan tidak bertambah baik dengan rehat.
2. Merebak ke bawah satu atau kedua-dua kaki, terutamanya jika sakit di bawah lutut.
3. Menyebabkan kelemahan, kebas, atau kesemutan pada satu atau kedua-dua kaki.
4. Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.
Kategori utama sakit belakang
Apakah kategori sakit belakang yang merbahaya?
Sakit belakang kronik adalah sakit belakang yang merbahaya.
Kesakitan jenis ini berlangsung selama lebih daripada 12 minggu
Sakit belakang akut
Sakit jenis ini menyerang secara tiba-tiba dan teruk, tetapi ia biasanya hilang dalam beberapa minggu.
Bagaimana cara hilangkan sakit belakang melalui ubatan semula jadi
Ubat semulajadi sakit belakang menawarkan beberapa kelebihan berbanding rawatan tradisional :
- Lebih selamat dan mempunyai sedikit kesan sampingan.
- Boleh menangani punca sakit belakang, bukan hanya gejala.
- Boleh membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan.
Ubah gaya hidup untuk hilangkan sakit belakang
Seterusnya cara hilangkan sakit belakang dapat di legakan dengan menggubah gaya hidup.
- Mengekalkan berat badan yang sihat adalah salah satu cara hilangkan sakit belakang .
- Senaman untuk sakit belakang secara kerap.
- Teknik mengangkat objek yang betul.
- Amalan ergonomik di tempat kerja atau rumah.
- Tidur yang cukup.
- Menguruskan tekanan dengan betul.
Senaman Regangan
Latihan regangan boleh membantu meningkatkan fleksibiliti dan kekuatan di belakang, yang boleh membantu mengurangkan kesakitan dan mencegah masalah masa depan.
Setiap hari, sebelum anda melakukan sebarang aktiviti dinasihatkan lakukan senaman regangan terlebih dahulu. Memadai dengan lakukan 1 set selamat 10 minit sahaja. Ulangi setiap kali rasa sakit, ia bantu melegakan.
Cara hilangkan sakit belakang yang berpanjangan dengan kaedah senaman

www.gcherbs.com.my
Pose Cat- Cow
Pose ini membantu meregangkan tulang belakang dan meningkatkan kelenturan.
Pose senaman Bridge
Pose ini membantu menguatkan glutes dan hamstring, yang boleh membantu melegakan kesakitan di bahagian bawah belakang.
Pose senaman Bird Dog
Pose ini membantu menguatkan otot teras dan meningkatkan keseimbangan.
Senaman berjalan
Berjalan adalah senaman berimpak rendah yang lembut di bahagian belakang. Ia boleh membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan fleksibiliti.
Ubat-ubat herba
Terdapat beberapa herba yang telah terbukti berkesan dalam melegakan sakit belakang, termasuk:
Kunyit
halia
Chamomile
Kulit kayu willow
Boswellia
Ekstrak white willow
Radix Gentianae Macrophyllae
Radix Anglicae Pubescentis
Caulis Spatholobi
Radix Clematidis
Herba ini boleh diambil dalam bentuk suplemen atau digunakan dalam teh atau penyediaan lain.
Antara herba yang ada di dalam joint8 yang mana dapat merawat masalah sakit belakang badan berkaitan sendi :
Ekstrak White Willow
Ekstrak kulit pokok willow digunakan sejak zaman dulu untuk merawat demam, kesakitan dan keradangan. Ia mengandungi salicin yang merupakan bahan kimia yang serupa dengan aspirin. Sesetengah orang menggunakan kulit pokok willow sebagai alternatif kepada aspirin kerana ia tidak menghasilkan kesan sampingan yang sama seperti aspirin. Willow Bark juga membantu dalam osteoarthritis, melegakan sakit kepala dan lain-lain.
Radix Gentianae Macrophyllae
Ia adalah tradisional herba yang terkenal di dalam Ubat Tradisional Cina setelah digunakan secara amnya untuk melawan artitis rheumatoid sejak zaman dahulu. Ia juga digunakan untuk mengurangkan haba, mengusir demam selesama, dan kelembapan.
Radix Anglicae Pubescentis
Ia terdapat di dalam kebanyakkan Ubat Tradisional Cina yang telah digunakan secara meluas untuk merawat penyakit reumatik selama berabad-abad dia China.
Kajian farmakologi sebelum ini mencadangkan bahawa ia mempunyai aktiviti anti-radang dan analgesic. Pada masa ini, kajian menunjukkan bahawa ia juga membantu dalam anti-osteoporosis, anti-radang dan anti-alahan.
Caulis Spatholobi
Ia telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk merawat sindrom stasis darah, penyakit sendi dan menoxenia. Kajian farmakologi dan klinikal menunjukkan bahawa ia mempunyai pelbagai fungsi termasuk peredaran darah, anti-
bakteria, neuroproctection, dan kesan anti-kanser.
Radix Clematidis
Adalah herba yang telah digunakan secara meluas untuk merawat arthritis di China. Ia telah digunakan untuk membuang angin-lembab, dan melepaskan bagi mengurangi rasa sakit.
Dapatkan ubat sakit belakang di farmasi
Teknik Terapi Haba
Terapi haba boleh membantu mengendurkan otot dan mengurangkan kesakitan.
Beberapa kaedah terapi haba termasuk:
Mandi atau pancuran air hangat
Pad pemanas
Pek haba lembap
3 Jenis Terapi Alternatif bagi melegakan masalah sakit belakang badan kebawah
Terdapat beberapa terapi alternatif yang boleh membantu untuk melegakan sakit belakang, termasuk:
Akupunktur
Terapi urut
Yoga
Cara hilangkan sakit belakang dengan meningkatkan kualiti Tidur
Tidur yang cukup adalah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan. Jadi, bagi memastikan tidur berkualiti. Anda perlu kekalkan jadual tidur yang teratur, wujudkan rutin waktu tidur santai, dan pastikan gunakan tilam yang selesa serta elakkan tidur di lantai.
Ia juga penting untuk tidur dalam kedudukan yang tidak memberi tekanan pada bahagian belakang.
Adakah cara lain hilangkan sakit belakang berpanjangan selain tingkatkan kualiti tidur?
Elakkan kafein dan alkohol sebelum tidur.
Kesimpulan mengenai cara hilangkan sakit belakang yang berpanjangan dengan berkesan :
Ubat semulajadi boleh menjadi cara yang berkesan untuk melegakan sakit belakang dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Jika boleh elakkan dari sakit belakang bertambah teruk dari mengganggu sendi lain .
Sehubungan itu, terdapat pelbagai ubat semula jadi yang tersedia, jadi penting untuk mencari ubat sakit belakang di farmasi yang paling sesuai untuk anda. Justeru itu, amatlah penting dengan menggubah gaya hidup yang boleh membantu mencegah sakit belakang secara berpanjangan. Seperti mengekalkan berat badan yang sihat, melakukan senaman yang kerap, dan menggunakan teknik mengangkat yang betul. Semoga dengan adanya pendedahan punca, simptom dan cara hilangkan sakit belakang berpanjangan ini dapat membantu anda.