Sakit pergelangan tangan boleh terjadi dalam 2 keadaan. Sama ada keadaan terseliuh tangan atau tulang patah akibat kecederaan secara tiba-tiba. Kesakitan pada pergelangan tangan boleh berlarutan dalam jangka panjang seperti sindrom Carpal Tunnel, penyakit Arthritis dan tekanan berulang. Kesakitan ini melibatkan sendi pada bahagian tangan. Jika dibiarkan, pergelangan tangan boleh bengkak dan bertambah serius. Buat anda yang tertanya-tanya mengapa pergelangan tangan sakit kerap menyerang sendi, dan mengapa sakit pergelangan mudah berlaku? apakah pencegahan dan bagaimana rawatan sesuai? ketahuinya dalam artikel ini.
Simptom, risiko dan pencegahan sakit pergelangan tangan
Apakah Simptom sakit pergelangan tangan
Sakit pergelangan tangan boleh berubah-ubah. Ini kerana sakit yang dikatakan seperti kesakitan gigi. Iaitu seperti sakit menyucuk di tangan atau rasa sakit berdenyut. Rasa sengal dan seakan tercucuk jarum ini akan menyerang pada waktu malam iaitu pada kawasan ibu jari dan membawa kepada jari telunjuk.
Simptom lain sakit pergelangan ialah
Jari membengkak.
Kesukaran menggenggam atau memegang objek.
Sekitar pergelangan tangan kemerahan dan membengkak.
Rasa hangat di pergelangan.

Tempoh masa sakit pergelangan
Pergelangan tangan yang sakit biasanya mengambil masa 2 hingga 10 minggu untuk sembuh, tetapi ada yang mengambil masa lebih lama.
semakin teruk pergelangan tangan anda alami,dan semakin lama masa untuk sembuh. Anda boleh sembuh lebih cepat dan mendapatkan semula kekuatan di pergelangan tangan anda dengan mendapatkan rawatan sama ada di hospital dan juga mengambil ubat sakit sendi di farmasi.
Apakah penyebab kepada sakit pergelangan tangan
Kecederaan boleh disebabkan dengan kesan :
Terjatuh
Apabila anda terjatuh, akan meninggalkan kesan iaitu tangan terasa kesakitan selepas beberapa tempoh.
Ini boleh menyebabkan terseliuh, regangan dan juga patah tulang. Scaphoid melibatkan tulang di bahagian ibu jari pergelangan tangan. Patah jenis ini mungkin tidak muncul pada X-ray serta-merta selepas kecederaan.
Tekanan berulang
Aktiviti yang melibatkan sakit pergelangan tangan dengan pergerakan yang sama secara berulang, akan menyebabkan tekanan terhadap tulang, otot dan ligamen tersebut.
Sebagai contoh termasuklah aktiviti permainan tenis, menyapu sampah, mengguli doh dan memandu kereta dalam perjalanan jauh. Kesakitan terjadi disebabkan anda lakukan secara berulang kali tanpa rehat.
Tenosynovitis De Quervain ialah kecederaan tekanan berulang yang menyebabkan sakit di pangkal ibu jari.
5 Jenis penyakit yang ada kaitan dengan sakit pergelangan Tangan
Sakit pergelangan tangan seterusnya melibatkan sakit sendi seperti Osteoarthritis dan Arthritis Rheumatoid.
Osteoartritis
Artritis jenis ini berlaku apabila rawan yang melindungi hujung tulang merosot dari semasa ke semasa.
Osteoartritis di pergelangan tangan adalah jarang berlaku dan biasanya berlaku hanya pada orang yang pernah berlaku kecederaan pada pergelangan tangan.
Arthritis rheumatoid
Gangguan di mana sistem imun badan menyerang tisunya sendiri, artrhitis reumatoid biasanya melibatkan pergelangan tangan. Jika satu pergelangan terjejas, maka tangan sebelahnya akan berlaku yang sama.
Carpal Tunnel Syndrome
Terjadi disebabkan tekanan pada saraf median yang melalui terowong Carpal.
Ganglion Cyst
Benjolan lembut yang kerap muncul di antara pergelangan tangan dan belakang tapak tangan. Ganglion Cyst terbentuk apabila terdapat koyakan kecil pada lengan tisu nipis yang menutupi sendi atau tendon. Cecair dari sendi bocor ke dalam kantung dan menyebabkan bengkak.
Kienbock Disease
Penyakit ini terjejas kepada lelaki yang berumur 20 hingga 40 tahun. Ia melibatkan progresif salah satu tulang kecil di pergelangan tangan. Penyakit Kienbock berlaku apabila tidak cukup bekalan darah ke tulang ini. Sendi akan menjadi keras dan pergerakan pergelangan yang terhad.
Mengapa sakit pergelangan tangan mudah berlaku?
Sakit pergelangan tangan boleh membahayakan diri anda. Sama ada anda seorang yang aktif, tidak aktif dan sebaliknya. Jadi, cuba elakkan daripada melakukan aktiviti seperti berikut :
Aktiviti sukan
Kecederaan pergelangan tangan adalah perkara biasa dalam banyak sukan, kedua-dua yang melibatkan impak dan yang melibatkan tekanan berulang pada pergelangan tangan. Ini boleh termasuk bola sepak, boling, golf, gimnastik, papan salji dan tenis.
Kerja berulang-ulang
Hampir semua aktiviti yang menggunakan tangan dan pergelangan tangan anda. Sebagai contoh seperti melakukan mengait dan memotong rambut, jika dilakukan dengan cukup kuat serta secara kerap boleh menyebabkan kesakitan pergelangan tangan melumpuhkan.
Penyakit atau keadaan tertentu
Golongan yang mudah terdedah dengan kesakitan ini ialah Ibu mengandung, pesakit diabetes, obesiti, arthritis, reumatoid dan gout boleh meningkatkan risiko mengembangkan sindrom carpal tunnel.
Cara doktor diagnosis sakit pergelangan tangan
Bagaimana boleh diagnosis sakit pergelangan tangan? adakah hanya pemeriksaan luaran sahaja dengan hanya melihat dengan mata kasar? oh, bukan! ia boleh dapat kesan melalui :
Melalui Scan iaitu X-Ray, CT, dan MRI.
Arthroscopy
Pembedahan kecil di lakukan keatas pergelangan tangan.
Caranya adalah dengan memasukkan kamera kecil, bagi melihat penyebab sakit pergelangan tangan dengan kajian pengaliran saraf.
Bagaimana cara elak sakit pergelangan berulang ?
Jika mahu elakkan daripada pergelangan tangan sakit berulang, ianya sukar kerana ia adalah insiden yang tidak diingini. Dengan itu, kami mempunyai petua berguna dalam pencegahan tersebut.
Kalsium
Anda dinasihatkan mengambil kalsium dengan secukupnya apabila umur mencapai 30 tahun dan keatas. Kalsium mencukupi dalam tubuh badan seseorang mampu mengurangi risiko patah tulang.
Disyorkan mengambil 1000 miligram sehari atau sehingga 1,200 milligram sahaja.
Palang pemegang
Warga emas paling berisiko untuk jatuh. Oleh itu, di dalam tandas terutamanya perlu memasang palang pemegang bagi mengurangkan risiko terjatuh dengan tangan kehadapan. Tidak lupa juga di bahagian tangga, pastikan mempunyai palang untuk keselamatan.
Rawatan Ergonomik di rumah
Jika pekerjaan anda menggunakan laptop atau komputer selama 8 jam setiap hari. Anda perlu berehat seketika, supaya pergelangan tangan dapat bertenang. Lakukan senaman selama 15 minit dan duduk dalam keadaan posisi yang selesa sewaktu bekerja. Ini bagi mengelakkan kejadian sakit belakang menyerang .
Rawatan tambahan lain
Anda boleh dapatkan suntikan steroid.
Pembedahan
Disyorkan oleh doktor apabila keadaan sakit pergelangan tangan bertambah teruk. Pembedahan bagi membaik pulih saraf median.
Bagaimana cara hilangkan sakit pergelangan tangan lain?
Dapatkan ubat sakit sendi di farmasi .
Cara hilangkan sakit pergelangan juga boleh dengan pengambilan ubat sakit sendi di farmasi atau ubat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Walaupun pergelangan tangan sakit, ini bukanlah penyakit berjangkit. Namun harus diingat. Ianya adalah sakit yang boleh menyerang kepada sesiapa sahaja jika anda tidak lakukan senaman. Khususnya buat mereka yang aktif membuat kerja secara kerap menggunakan tangan tanpa berehat seperti aktif bersukan serta beraktiviti. Beraktiviti seperti berkebun dan menyapu sampah adalah perkara yang berulang-ulang boleh mendatangkan stress kepada tangan. Ubah gaya hidup anda, pastinya bakal merubah kesihatan tangan anda.