Di dalam konteks perubatan, buasir sering diklasifikasikan sebagai pembesaran urat di rektum dan dubur. Penyakit ini akan mendatangkan ketidakselesaan yang kerap. Oleh itu, GCHerbs menyediakan beberapa pilihan terapi berserta ubat buasir farmasi tanpa preskripsi. Kami mengambil berat atas ketidakselesaan yang berpunca daripada masalah buasir. Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan ketidakselesaan anda:
Ubat Farmasi Tanpa Kaunter
Terdapat beberapa jenis ubat buasir berdarah di farmasi tanpa preskripsi yang dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan buasir anda. Antaranya adalah:
- Ubat Tahan Sakit: Ubat tahan sakit seperti acetaminophen dan ibuprofen dapat mengurangkan kesakitan dan keradangan buasir.
- Minyak dan krim topikal: Dengan menggunakan krim ataupun minyak topikal, ia dapat melegakan kegatalan dan kerengsaan di kawasan sekitar dubur. Walaubagaimanapun, anda dinasihati untuk menjauhi produk krim mahupun minyak yang mengandungi bahan seperti witch hazel, hydrocortisone dan lidocaine.
- Sitzbads: Berendam dalam air suam beberapa kali sehari selama 10-15 minit dapat membantu dalam mengatasi masalah ketegangan pada otot dubur dan mengurangkan bengkak. Selain itu, anda juga boleh meletakkan soda penaik atau garam Epsom ke dalam tab mandi untuk solusi yang lebih efektif.
Tips Penjagaan Penting
Sudah semestinya ubat buasir farmasi memberikan kelegaan tetapi ubat-ubat tersebut tidak menangani punca asas masalah buasir. Oleh itu, anda perlu mendapatkan kelulusan doktor sebelum mengambil ubat yang baharu. Hal ini ditekankan lagi terutamanya jika ada mempunyai sebarang kebimbangan dalam rawatan.
Rawatan Pendarahan Konvensional:
Antara perawatan generasi turun temurun yang telah digunakan untuk merawat penyakit buasir selain ubat buasir tradisional adalah:
- Diet Tinggi Serat: Mengamalkan diet yang tinggi serat akan membantu melembutkan dan melancarkan najis serta menggalakkan pergerakan usus yang sihat. Selain itu, ia juga mampu mengurangkan ketegangan.
- Witch Hazel: Anda boleh menggunakan bahan astringen semulajadi ini untuk melegakan kerengsaan dan bengkak.
- Aloe vera: Gel yang diperbuat daripada daun aloe vera dapat memberikan keselesaan yang berkesan.
- Ekstrak biji chestnut kuda: Ekstrak ini dapat mengurangkan keradangan dan meningkatan peredaran.
Perubahan Gaya Hidup Sihat
Penyakit buasir boleh diatasi dan dibendung dengan pelbagai cara. Antara cara yang dikenalpasti adalah:
- Pengekalan Berat Badan yang Sihat: Berat badan yang berlebihan adalah penyumbang kepada tekanan urat rektum. Hal ini akan memburukkan lagi keadaan buasir anda.
- Senaman yang Konsisten: Senaman secara kerap dan konsisten dapat membantu untuk mengekalkan pergerakan usus yang teratur dan melancarkan peredaran darah.
- Kekal Terhidrat: Dengan mendapatkan air yang mencukupi dapat melembutkan najis serta mengelakkan sembelit. Apabila membuang air besar, adalah dinasihatkan untuk tidak cuba meneran. Hal ini kerana, meneran boleh memburukkan lagi keadaan buasir. Berikan masa kepada badan anda untuk berehat.
Waktu untuk Melawat Doktor
Jika gejala buasir anda semakin berterusan seperti gejala bertambah teruk mahupun mengalami pendarahan atau mengalami buasir prolaps (apabila buasir terkeluar daripada dubur), adalah disarankan untuk anda berjumpa dengan pakar ataupun doktor untuk mendapatkan ubat kecutkan buasir. Hal ini kerana, mereka boleh mendiagnosis punca asas dan memberikan penyelesaian serta pilihan rawatan terbaik untuk kes khusus anda.
Di GCHerbs, kami berkomited untuk membekalkan anda dengan maklumat dan sumber bagi menjaga kesihatan anda. Kami juga menawarkan pelbagai produk termasuk ubat buasir paling berkesan di farmasi,ubat sembelit tradisional, dan ubat sakit lutut untuk membantu ada. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk menjalani konsultasi bersama doktor dalam sebarang gejala buasir yang berterusan atau teruk. Oleh itu, kunjungi laman sesawang kami untuk maklumat lanjut tentang kesihatan sejagat.
