Call Us +60163370696
Apa itu Osteoporosis atau tulang rapuh? Ketahui lebih lanjut disini!

Apa itu Osteoporosis atau tulang rapuh? Ketahui lebih lanjut disini!

Osteoporosis adalah keadaan di mana kekuatan tulang itu sudah lemah atau tiada yang mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia bertambah teruk sekiranya pesakit melakukan  aktiviti – aktiviti seperti mengangkat berat,aktiviti luar rumah yang lasak dan dalam keadaan bongkok.

 

Masalah osteoporosis sering berlaku pada golongan tua pada bahagian tulang pergelangan tangan, tulang spina dan tulang pinggul. Mari kita tinjau lebih lanjut lagi tentang masalah osteoporosis, punca-punca berlaku, tanda-tandanya, rawatan dan pencegahan awal.

 

Sebab-sebab berlakunya osteoporosis

Kajian menunjukan masalah utama yang dihadapi oleh pesakit adalah kekurangan kalsium dan fosforus. Selain itu masalah hormon juga berkait rapat dengan penyakit osteoporosis serta pengambilan steroid yang berlebihan.

Penyakit ini menyerang lelaki lelaki mahupun wanita. Wanita yang telah putus haid sering mengalaminya kerana tahap hormon estrogen menurun, menyebabkan kadar pelupusan tulang  meningkat sebanyak 1-3 % setahun. Bagi lelaki pula, kadar pelupusan tulang agak lambat berbanding wanita tetapi kajian menunjukkan bahawa kadar pelupusan akan menjadi sama dengan wanita apabila memasuki umur 65 tahun.

Kesakitan yang dialami oleh pesakit osteoporosis

 

Faktor utama osteoporosis

Antara faktor utama  penyakit osteoporosis adalah usia yang meningkat. Faktor keturunan juga menyumbang kepada berlakunya masalah osteoporosis. Selain itu, faktor-faktor lain seperti kurang bersenam, menghisap rokok, pengambilan alkohol dan juga kafien yang berlebihan juga perlu boleh berlaku kepada penghidap sakit tulang rapuh ini.

 

Wanita lebih cenderung mendapat penyakit osteoporosis

 

Tanda-tanda Osteoporosis Terjadi

Di antara tanda awal terjadi osteoporosis adalah pesakit merasa rasa tidak selesa badan, sering terasa lenguh dan sering kerap sakit tulang belakang. Tanda yang seterusnya adalah pesakit itu akan kelihatan bongkok.

Semakin meningkat usia, semakin jelas tanda-tanda osteoporosis apabila seseorang itu semakin membongkok.

 

Rawatan Penyakit Osteoporosis 

Rawatan awal adalah sangat penting untuk mengelakkan osteoporosis semakin melarat. Dapatkan rundingan doktor pakar osteoporosis dan jalani beberapa rawatan contohnya seperti Selective Estrogen Receptor Modulators (SERMs).

Pesakit yang menjalani rawatan ini akan diberikan ubat untuk mengekalkan ketumpatan tulang spina dan pinggul. Dengan pengunaan bahan bernama Bisphosphonates, ia dapat mengurangkan kadar pelupusan tulang. Penambahan nutrien kalsium dan vitamin D turut membantu untuk merawat penyakit osteoporosis.

Diagram struktur tulang yang rapuh pada pesakit osteoporosis

 

Pencegahan Awal

Pencegahan osteoporosis harus dilakukan dengan betul dan tepat. Pengambilan supplement kalsium dan vitamin D yang cukup dapat melindungi tulang dan memberikan kekuatan pada tulang.

Banyakkan melakukan aktiviti riadah untuk memastikan tulang sentiasa kuat. Sekiranya anda khuatir mendapat sakit tulang, kurangkan senamana berat. Berhenti merokok dan jangan mengambil minuman keras. Amalkan pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian.

Amalan pemakanan yang sihat membantu mengurangkan masalah osteoporosis

 

Setiap penyakit ada kesembuhannya, termasuklah penyakit osteoporosis. Selain mendapatkan rawatan hospital, pesakit osteoporosis boleh mengamalkan pemakanan herba untuk meningkatkan kesihatan. Kami syorkan anda untuk mengambil supplemen untuk membantu mengurangkan masalah tulang rapuh. Ketahui lebih lanjut tentang supplemen untuk osteoporosis ini.

 

test - f
0
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping