Call Us +60163370696
Bahaya! Jangan Biarkan Kaki Kebas. Ini Sebabnya

Bahaya! Jangan Biarkan Kaki Kebas. Ini Sebabnya

Pernahkah anda merasa kaki kebas sekiranya duduk bersila atau berdiri dalam tempoh yang lama?

Ianya adalah keadaan yang selalu dihadapi oleh semua orang.

Malah, ramai juga yang menganggap masalah kaki kebas tiada apa-apa.

Namun, tahukah anda bahawa keadaan ini boleh mendatangkan masalah kesihatan sekiranya terus dibiarkan? Dalam post ini, anda akan mengetahui lebih lanjut tentang bahayanya kaki kebas.

 

Apa Yang Menyebabkan Kaki Kebas Terjadi? 

 

 

Ianya berpunca daripada pengaliran darah yang tidak lancar di bahagian bawah badan.

Selain itu, rasa kebas-kebas di kaki yang biasa dialami oleh penghidap diabetes akibat kandungan gula yang tinggi dalam darah.

Sistem saraf bertanggungjawab memberikan sensasi seperti kesakitan, sentuhan dan suhu. Apabila saraf ini rosak, pesakit akan sering merasa kaki mereka berdenyut-denyut, rasa terbakar dan yang paling teruk adalah tiada rasa.

Selain itu, masalah kebas pada kaki atau pada bahagian badan yang lain terjadi kerana kesan sampingan pengambilan ubat dan masalah berat badan berlebihan. 

Faktor-faktor lain adalah seperti kehamilan, kekurangan vitamin dan jangkitan kuman.

Apabila sakit berlaku, pesakit akan sukar untuk menggerakkan kaki dan terpaksa mengengsot-ngengsot. Situasi lebih teruk sekiranya pesakit sedang memandu kereta atau sedang mengendalikan mesin.

Disebabkan itu, pencegahan awal perlu dilakukan sebelum masalah semakin melarat.

 

Dapatkan Rawatan Segera Sebelum Terlambat

 

 

Apabila anda merasai kebas-kebas kaki secara kerap, jangan biarkan. 

Segera dapatkan rawatan doktor sekiranya anda mengalami simptom-simptom ini:

  • Pening
  • Masalah buang air kencing
  • Rasa kebas yang lama, beberapa minit sehingga sejam
  • Kebas setelah melakukan aktiviti tertentu
  • Kebas setelah mengalami kemalangan seperti cedera di kepala
  • Masalah pernafasan
  • Sakit kepala
  • Sukar berkomunikasi dan lemah anggota badan.

Sekiranya anda menghidap diabetes, buat temujanji doktor untuk pemeriksaan lanjutan.

Doktor akan membuatkan imbasan tomografi (CT) sekiranya anda mengalami simptom yang berkaitan dengan strok.

Kaedah ini membolehkan doktor melihat imbasan otak untuk mengenal pasti sebarang masalah yang menyebabkan darah tersumbat atau pendarahan.

Doktor juga akan mengkaji sejarah perubatan anda dengan bertanyakan soalan-soalan untuk memahami masalah kebas kaki.

Soalan-soalan yang kerap ditanya adalah seperti berikut:

  • Berapa lamakah kebas berlaku?
  • Apa gejala lain yang anda alami selain kebas?
  • Bilakah kali pertama anda mengalami kebas kaki?
  • Bila anda mengalami kebas kaki yang teruk?

Selepas anda berkongsi sejarah perubatan dengan doktor, pemeriksaan fizikal akan dijalankan.

Doktor akan memeriksa kaki anda dan akan menentukan samada kebas memberikan kesan kepada sebelah kaki atau kedua-dua belah kaki.

Setelah itu, doktor akan membuat kajian ke atas masalah kebas dengan menggunakan kaedah rawatan seperti:

  1. Elektromilografi untuk mengukur seberapa baik otot bertindak balas terhadap rangsangan elektrik.
  2. Kajian pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk melihat keabnormalan pada tulang belakang, rahim atau kedua-duanya.
  3. Pemeriksaan konduksi saraf untuk mengukur setakat mana saraf boleh mengalirkan arus elektrik.
  4. Ujian tambahan bergantung kepada diagnosis.

Doktor juga boleh mengesyorkan anda untuk berjumpa dengan pakar rawatan kaki dan buku lali untuk rawatan insentif.

 

Kesimpulan

 

Masalah kebas kaki boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan sekiranya tidak dirawat awal. Oleh itu, kita perlu sentiasa waspada pada setiap masa. 

Berikut adalah beberapa tips yang kita boleh amalkan:

  • Periksa kaki anda dengan kerap sekiranya ada luka.
  • Letakkan cermin di atas lantai supaya anda dapat melihat tapak kaki anda dengan lebih jelas.
  • Pakai kasut yang sesuai untuk melindungi kaki anda untuk mengurangkann risiko luka dan kebas.
  • Amalkan pemakanan sihat serta mengambil makanan tambahan untuk membekalkan khasiat tambahan yang diperlukan oleh tubuh badan.
test - f
0
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping