Terdapat banyak rawatan untuk menyembuhkan penyakit osteoporosis atau penyakit tulang rapuh ini. Salah satunya adalah dengan minum susu.

Ini kerana susu mengandungi nutrien penting zat besi, kalsium dan protein untuk membantu menguatkan tulang. Namun cukupkah sekadar dengan minum susu setiap hari dapat mencegah osteoporosis? Artikel kali ini dapat merungkai serba sedikit tentang kaedah lain yang dapat mencegah penyakit osteoporosis.

 

Pemakanan yang sihat dan betul

Ramai orang yang telah kecundang dengan cara pemakanan yang betul. Kita sering diuji dengan pelbagai makanan yang kelihatan enak namun ianya berisiko tinggi untuk terkena pelbagai penyakit.

 

Pengambilan makanan berkhasiat adalah penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa sihat dan bertenaga. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam sajian harian kita. Kurangkan masalah manis dan berlemak.

Sajian makanan mengikut piramid makanan

 

Lakukan Aktiviti Sihat

Apa sahaja aktiviti fizikal dapat mengurangkan masalah osteoporosis. Namun,  kurangkan melakukan aktiviti yang terlalu lasak untuk menjaga kekuatan tulang anda dari rapuh. Ambil langkah untuk bergerak agar dapat memastikan tulang anda dalam keadaan baik.

 

Hindari merokok kerana merokok juga dapat merapuhkan tulang. Elakkan juga mengambil minuman berat.

Lakukan senaman pergerakan mudah seperti taici dan yoga untuk menguatkan tulang anda

 

Klorofil dan rumpai laut

Tahukah anda bahawa klorofil dan rumpai laut dapat mencegah penyakit osteoporosis? Kedua-dua tumbuhan ini memberikan zat-zat yang terbaik untuk menguatkan tulang.

 

Sekiranya anda mengambil rumpai laut sebagai makanan tambahan, ambil dalam bentuk segar atau belum diproses.

Rumpai laut bagus untuk mencegah penyakit osteoporosis

 

Supplemen tambahan

Setakat ini, bahan yang terbaik untuk merawat tulang rapuh adalah steriod. Namun ianya tidak sesuai sebab berbahaya kepada tulang. Rawatan hospital adalah cara yang terbaik untuk merawat osteoporosis. Makanan tambahan seperti supplemen kesihatan juga boleh diambil.

Terdapat banyak supplemen untuk osteoporosis di pasaran. Pastikan supplemen itu selamat dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil suplemen.

 

 

Salah satu supplemen tambahan terbaik untuk mencegah sakit sendi dan tulang

 

Kini anda sudah tahu kaedah untuk mencegah osteoporosis. Selain minum susu, ada banyak lagi cara yang anda boleh amalkan termasuklan mengambil supplemen untuk tulang rapuh. Manfaatkan kesemuanya untuk meningkatkan kesihatan anda.