Buasir terjadi apabila saluran darah di bahagian bawah rektum atau anus membengkak dan menjadi tisu yang membesar dan meradang. Faktor penyebab buasir termasuk apabila individu selalu meneran semasa pembuangan air besar, sembelit kronik, kehamilan, obesiti, usia lanjut, dan gaya hidup yang tidak sihat. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. Rawatan yang betul dapat membantu mengurangkan gejala-gejala dan membuatkan rutin harian anda boleh dijalankan dengan mudah dan selesa. Terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh membantu mengurangkan gejala-gejala buasir. Kami akan kongsikan serba sedikit mengenai jenis-jenis rawatan dan ubat buasir yang dapat membantu anda mengatasi masalah ini.
Jenis-Jenis Rawatan & Ubat Buasir
Rawatan & Ubat Buasir Tradisional
Petua tradisional untuk buasir seperti pengambilan makanan dan minuman yang dapat membantu mencegah dan mengecutkan buasir adalah cara yang paling mudah untuk anda cuba di rumah. Antara contoh makanan yang boleh diambil termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, makanan penuh serat dan kekacang. Bagi minuman pula, anda boleh cuba mengambil air kosong dalam kuantiti yang lebih dari biasa, jus buah-buahan, dan juga teh herba.
Antara ramuan yang sering digunakan dalam rawatan buasir tradisional di rumah adalah air garam, daun sirih, minyak zaitun, kunyit dan lain-lain. Bahan-bahan ini boleh membantu mengurangkan kesakitan, bengkak dan radang, dan mempercepat proses penyembuhan. Namun, ia mungkin tidak sesuai untuk kes buasir yang lebih kronik.
Antara perkara yang penting bagi pesakit buasir juga adalah untuk mengambil tahu tentang jenis-jenis makanan yang patut dielakkan semasa buasir anda sedang membengkak. Baca lebih lanjut mengenai pantang-larang makanan bagi pesakit buasir.
Suplemen dan Pil Buasir
Terdapat pelbagai jenis pilihan suplemen dan ubat buasir yang boleh didapati di farmasi seluruh negara. Makanan tambahan atau suplemen boleh membantu membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh badan anda semasa anda menghidapi buasir. Contoh suplemen yang lazim diambil adalah seperti suplemen serat dan Vitamin C. Manakala ubat buasir pula berfungsi untuk merawat gejala-gejala buasir seperti sakit, gatal, dan bengkak. Contoh ubat yang diberikan di farmasi termasuk ubat tahan sakit, ubat anti-radang, dan pelawas/laksatif. Walau bagaimanapun, anda perlu mengambil nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil mana-mana ubat atau suplemen.
Untuk anda yang sedang menderita dengan masalah buasir, Dispiles adalah ubat tradisional buasir yang berasaskan herba dengan lulusan KKM yang anda boleh cuba sebagai suplemen diet harian anda.
Krim dan gel untuk buasir
Selain daripada ubat-ubatan dalam bentuk pil yang diambil secara oral, terdapat juga krim dan gel untuk buasir yang digunakan secara sapuan. Krim atau gel ini juga membantu untuk merawat keradangan dan mengurangkan kesakitan buasir. Contoh krim dan gel ini adalah “hydrocortisone cream”, “Preparation H cream” dan “Anusol cream”. Walau bagaimanapun, krim atau gel hanya boleh membantu merawat gejala-gejala, tetapi mungkin tidak dapat mengurangkan pembengkakan. Anda juga perlu mendapatkan nasihat professional sebelum menggunakan sebarang krim atau gel sapuan untuk buasir. Antara perkara penting yang harus anda ingat semasa menggunakan krim atau gel sapuan adalah untuk tidak menggunakan amaun yang lebih daripada yang dinasihatkan doktor atau jangan sapukan pada kulit yang mempunyai luka. Krim dan gel sapuan juga tidak sesuai untuk diletakkan pada kanak-kanak.

Supositori Buasir
Supositori buasir adalah sejenis ubat yang dimasukkan ke dalam anus untuk mengurangkan kesakitan, gatal-gatal dan bengkak atau radang. Supositori buasir boleh membantu memulihkan kawasan yang dijangkiti. Contoh supositori untuk buasir yang boleh didapati di farmasi adalah termasuk Anusol, Anucare, dan “mesalazine”.

Penggunaan supositori adalah mesti dengan arahan doktor atau hali farmasi dan anda harus mengetahui cara yang betul untuk menggunakan ubat jenis ini. Anda boleh bertanyakan dengan lanjut mengenai prosedur kepada pakar kesihatan anda.. Anda juga harus menggunakan supositori dalam dos yang diberikan dan untuk tempoh yang tidak terlalu panjang.
Rawatan pembedahan untuk buasir di hospital/ klinik
Lazimnya, masalah buasir akan beransur pulih dengan rawatan di rumah atau melalui presripsi ubat-ubatan. Tetapi terdapat juga keadaan di mana buasir tersebut berada pada tahap yang lebih kronik dan memerlukan rawatan fizikal di klinik atau hospital. Terdapat pelbagai jenis rawatan yang diberikan untuk buasir dan ia bergantung kepada tahap dan jenis buasir, serta sejarah perubatan dan tahap kesihatan individu tersebut. Di sini kami bantu senaraikan jenis-jenis rawatan yang anda boleh dapatkan di klinik atau pun hospital berdekatan:
- ‘Rubber band ligation’: Lazimnya dilakukan untuk merawat buasir dalaman. Adalah rawatan yang ringkas dan pantas di mana gelung getah yang kecil dipasang dipangkal buasir untuk menghentikan aliran darah ke kawasan tersebut supaya buasir akanmengecut.
- ‘Sclerotherapy’: Penyuntikan cecair, seperti “Phenol” ke dalam buasir supaya dinding saluran vena tersebut akan mengecut.
- ‘Hemorrhoidectomy’: Pembedahan ini dilakukan untuk mengeluarkan buasir. Pesakit yang menjalani prosedur ini selalunya akan mengambil masa 2-4 minggu untuk pulih sepenuhnya.
- ‘Doppler guided transanal hemorrhoidal dearterialization’: Dalam prosedur ini, mesin “ultrasound” digunakan untuk mengenalpasti aliran darah arteri yang terbabit sebelum disekat.
- ‘Stappler hemorrhoidectomy’: Pembedahan ini dijalankan untuk membuang bahagian tisu longgar yang menyebabkan buasir keluar dari dubur.
Setiap jenis rawatan ini adalah berdasarkan pertimbangan dan keputusan pakar kesihatan anda berdasarkan situasi setiap individu. Adalah penting untuk anda berunding dengan doktor untuk menentukan rawatan yang terbaik.
Kesimpulan
Setiap jenis rawatan buasir yang telah kami senaraikan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri dan bergantung dengan faktor-faktor lain. Rawatan buasir yang bersesuaian perlu dipilih berdasarkan tahap buasir dan gejala-gejala yang anda alami. Beberapa jenis rawatan boleh dilakukan di rumah dengan menggunakan bahan-bahan tradisional, tetapi ia mungkin tidak sesuai untuk buasir yang lebih kronik.
Anda harus merujuk pakar kesihatan untuk memastikan jenis rawatan yang dipilih adalah bersesuaian dengan situasi dan keadaan anda. Ingatlah bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati, jadi pastikan untuk menjalani gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan buasir.
[…] berdarah dan rawatan yang sesuai secara semulajadi dengan supplemen herb Dispiles. Ketahui rawatan pembedahan buasir yang disyorkan oleh […]