Kencing manis salah satu penyakit yang sangat sinonim di dalam kalangan rakyat Malaysia, ianya bukan sahaja melibatkan golongan tua , lelaki , wanita , kanak-kanak , muda tetapi kencing manis ini juga mampu menyerang warga ibu mengandung!

 

Kencing manis ataupun diabetes yang bermula apabila anda disahkan mengandung dikenali sebagai Gestational Diabetes. Ianya terjadi apabila terdapat kerintangan Insulin – sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah, untuk memenuhi keperluan ketika mengandung. Hasilnya, paras gula di dalam darah meningkat.

 

Pada kebiasaanya, keadaan Gestational Diabetes terjadi pada pertengahan ataupun pada lewat  usia kandungan.

 

Keadaan Gestational Diabetes ini kerap berlaku. Kadar kebiasaannya, dalam 100 orang wanita mengandung, 18 orang akan menghidapi penyakit ini.

 

Gestational Diabetes

Mari kita lihat punca utama bagi ibu mengandung menghadapi penyakit kencing manis ini, Kebanyakan ibu-ibu mengandung ini tidak ambil peduli tentang hal-hal berkaitan kencing manis ini. Sejarah keluarga dalam kencing manis ini jugak berkait rapat terhadap setiap individu. Pengenalan terhadap berat bmi bagi setiap ibu mengandung jugak tidak diketahui dan tidak dilaksankan justeru membuatkan setiap indivu berasa bebas dari penyakit kencing manis.

 

Carta Bmi

bmi chart

Pengambilan makanan yang tidak terkawal seperti makanan yang berminyak, berlemak, kandungan tinggi karbohidrat meningkatkan lagi peluang untuk penyakit kencing manis. Ramai ibu mengandung yang tidak dapat mengawal cara pemakanan yang sedikit di setiap hidangan, pengambilan berlebihan dalam setiap hidangan akan memberikan kesan negetif pada badan malahan melemahkan sistem-sistem utama dalam badan.

 

Air bergas dan kafein juga turut menjadi faktor utama kencing manis ini. Perkara ini kerana kandungan gula yang berlebihan dalam setiap minuman, Ibu mengandung juga tidak disarankan dari meminum minumam beralkohol seperti arak.

 

air bergas

Hindari dari air bergas

Pada zaman sekarang ramai ibu mengadung yang bekerjaya dalam kerja, ada yang sibuk dari pagi hingga malam sehinggakan tidak sempat pun untuk menguruskan diri sendiri. Pengurusan masa membantutkan ibu-ibu mengandung untuk melakukan senaman yang ringkas.Ramai ibu yang kurang sedar betapa pentingnya dalam aktiviti-aktiviti bersukan atau riadah. Kurangnya aktiviti senaman memberi peluang besar untuk mengidap penyakit kencing manis.

 

workout

Amalkan Senaman gaya hidup sihat

Pengambilan ubat-ubatan dapat memberi kesan terhadap kencing manis. Ramai yang tidak sedar, pengambilan ubatan-ubatan sebenarnya boleh meningkatkan risiko kencing manis. Ini termasuk “corticosteroid drugs”. Ubatan “Corticosteriod” biasanya untuk mengurangkan keradangan kerana ia berfungsi untuk mengurangkan bengkak pada laluan udara di paru-paru. Ubat ini selalunya diberi kepada pesakit asma dan arthritis. Pengambilan dalam tempoh yang panjang boleh menggangu keseimbangan hormon dan kortisol iaitu sejenis hormon adrenal yang mempunyai kaitan dengan kawalan gula dalam darah. Thiazide diuretic yang digunakan untuk tekanan darah tinggi juga meningkatkan risiko untuk dapat kencing manis. Justeru itu, ibu mengandung perlu mendapat nasihat dari doktor sebelum mengambil ubat-ubatan.

 

ubat

Pengambilan ubat-ubatan

Tidak mengambil supplemen, Ramai yang menyangka pengambilan supplemen adalah membazir. Namun dalam buku Say No To kencing manis, mengatakan mengambilan supplemen mampu mengurangkan risiko kencing manis.

 

pregnancy supplement

Supplemen bagus untuk ibu mengandung

Kita sebagai ibu mengandung haruslah mengikuti setiap nasihat dari doktor yang lebih pakar dalam hal-hal berkaitan kencing manis, sikap ambil mudah itulah yang membuat kita berasa hebat dengan tidak mendegar nasihat doktor dalam tips-tips mengelak penyakit kencing manis ini.

Kesimpulannya, hidup dengan cara yang sihat untuk bebas kencing manis.

P.S Terdapat banyak supplemen untuk ibu mengandung di luar sana. Kami syorkan anda untuk mengambil supplemen untuk masalah kencing manis ketika mengandung. Ianya kapsul herba peria yang memang diketahui dapat membantu menurunkan paras gula darah. Dapatkan kapsul peria hari ini.