Call Us +60163370696
Sakit Lutut Sebab Berat Badan Berlebihan Adalah Post Yang Anda Takut Nak Baca

Sakit Lutut Sebab Berat Badan Berlebihan Adalah Post Yang Anda Takut Nak Baca

Sakit lutut seringkali dikaitkan sebagai sakit ‘orang tua’ kerana rungutan biasanya datang daripada kalangan warga emas. Bila ia menyerang, rasa sakit lutut akan terasa apabila membengkok lutut atau sedang berjalan. Ada yang mengaitkan sakit lutut dengan sebab bersukan atau kehabisan pelincir dalam lutut. Ada juga mengatakan faktor usia menyebabkan ramai yang mengadu masalah ini. Dalam post kali ni, anda akan mengetahui salah satu faktor penyebab berlakunya sakit lutut – berat badan berlebihan. 

 

Bagaimana berat badan berlebihan boleh terjadi?

Berat badan berlebihan atau obesiti terjadi apabila seseorang makan terlalu banyak melebihi apa yang badan perlukan. Kalori yang melebihi keperluan badan akan disimpan sebagai lemak. Sekiranya kurang bersenam, lemak akan terus tersimpan dan menyebabkan saiz badan pun naik mendadak.

 

Apa terjadi sekiranya berat badan berlebihan?

Selain daripada masalah jantung, masalah pernafasan dan penyakit kencing manis, obesiti juga mampu mengundang masalah kesakitan lutut kerana sendi atau lutut tidak mampu menahan berat badan yang berlebihan itu.

 

Apa kaitan berat badan dengan sakit lutut?

Dalam kajian yang dilakukan baru-baru ini, pengkaji melihat hubungan antara antara perubahan BMI dan sakit lutut pada 594 wanita dalam tempoh 14 tahun. Mereka mendapati bahawa wanita dengan BMI yang lebih tinggi lebih cenderung mengalami masalah lutut menjelang akhir kajian. Dalam satu lagi kajian lain, penyelidik di Belanda mengkaji X-ray lutut pesakit orang selama 6 tahun dan mendapati mereka yang mempunyai BMI yang tinggi adalah tiga kali ganda lebih mudah mengalami masalah sakit lutut berbanding mereka yang mempunyai BMI rendah atau berat badan ideal.

 

Lebihan lemak di dalam badan juga boleh menyebabkan masalah seperti keradangan lutut atau osteoarthritis. Apabila masalah ini berlaku, seseorang akan mengalami kesukaran untuk berjalan, sering mengadu sakit dan tidak mampu untuk menaiki tangga.

 

Cara mencegah sakit lutut akibat berat badan berlebihan.

 

Masalah sakit lutut boleh dikurangkan dengan mengamalkan diet yang sihat dan bersenam. Namun, bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, senaman ringan seperti tai chi lebih digalakkan berbanding berjoging atau mengangkat beban berat di gym. Selain daripada itu, terdapat beberapa lagi langkah pencegahan dan rawatan yang boleh diambil:

 

1. Dapatkan perundingan pakar

Dapatkan nasihat daripada doktor sekiranya anda mempunyai sebarang masalah sukar berjalan dan bengkak lutut. Bincang dengan doktor tentang jenis rawatan yang yang sesuai dan selamat untuk anda.

 

2. Amalkan petua untuk mengurangkan sakit lutut

Orang dulu-dulu ada petua untuk merawat bengkak lutut dan sakit sendi. Di antaranya adalah dengan minum air rendaman sayur bendi dan daun durian belanda. Minum air ini setiap hari dan sakit akan berkurangan.

 

3. Makan herba semulajadi elak kesakitan berpanjangan

Terdapat beberapa herba yang boleh diamalkan untuk membantu mengurangkan sakit lutut. Di antara adalah pokok dedalu putih yang mempunyai khasiat seperti mengurangkan kesakitan dan bengkak pada sendi. Sekiranya anda mahukan cara yang mudah dan cepat, herba-herba semulajadi untuk penawar sakit lutut kini boleh didapati secara online. 

 

test - f
0
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping