Apakah cara yang paling efektif untuk cegah buasir daripada berlaku? Adakah langkah-langkan pencegahan ini selamat untuk di amalkan oleh penghidap buasir?
Itulah soalan yang sering diajukan kepada para doktor oleh penghidap buasir. Jadi dalam artikel ini, kami akan kongsikan tips untuk mencegah buasir, serta tanda-tanda, simptom dan cara merawat buasir di rumah.
8 Tips Untuk Cegah Buasir
- Elakkan kebiasaan menangguhkan keperluan untuk membuang air besar. Ia akan menyebabkan najis menjadi mampat dan kering, lalu menyebabkan sembelit dan meninggikan risiko luka pada dinding mukosa buasir.
- Banyakkan senaman seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang untuk melancarkan pergerakan peristalsis usus dan mengelakkan sembelit. Tambahan lagi, senaman-senaman ini juga dapat melancarkan peredaran darah di kawasan rektum dan anus.
- Pengambilan diet dengan kandungan serat yang tinggi seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk membantu menghasilkan najis yang lembut, supaya pergeseran yang ekstrim di antara najis dengan dinding mukosa buasir dapat dielakkan.
- Pengambilan air kosong yang mencukupi setiap hari bagi mengelakkan pembentukan najis yang kering dan keras.
- Mengamalkan makanan tambahan “Ginkgo biloba” yang dapat membantu melancarkan peredaran darah vena pada kawasan anus dan rektum. Peredaran darah yang lancar dapat mengurangkan risiko pembentukan edema dan bengkak pada dinding mukosa anus.
- Elakkan tabiat duduk terlalu lama di dalam tandas kerana posisi duduk dan mencangkung boleh menambahkan tekanan ke atas dinding mukosa rektum dan anus.
- Kurangkan pengambilan makanan berlemak, kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada dinding mukosa meningkat dan menambahkan risiko pembentukan buasir.
- Mengurangkan kekerapan menggunakan produk pencucian dalaman kerana produk-produk ini boleh menyebabkan kekeringan pada dinding mukosa dan meningkatkan risiko pembentukan buasir. Anda boleh hanya gunakan air bersih atau sabun yang lembut untuk membersihkan kawasan dubur.
Anda juga boleh mengambil makanan tambahan atau suplemen herba untuk membantu mencegah atau mengurangkan simptom buasir, tetapi anda harus memastikan suplemen tersebut mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antara salah satu suplemen herba yang dipercayai dan ada dijual di kebanyakan Farmasi terpilih ialah DISPILES.
Sebelum mengetahui bagaimana cara untuk merawat buasir, anda perlu terlebih dahulu tahu tentang tanda-tanda jika anda mungkin mengalami masalah buasir dan tahap-tahap atau peringkat penyakit ini.
Simptom Buasir Anda Perlu Tahu
Pesakit-pesakit buasir biasanya akan mengalami simptom-simptom berikut semasa buasir mereka membengkak atau mengalami radang:.
- sakit di bahagian dubur selepas membuang air besar
- sakit pada bahagian dubur ketika duduk
- najis akan diiringi dengan titisan darah segar
- rasa daging membengkak pada bahagian luar dubur
Walaubagaimanapun, simptom yang disenaraikan di atas adalah secara umum sahaja dan mungkin berlainan mengikut individu dan tahap buasir anda. Anda perlu berjumpa dengan pakar kesihatan untuk menentukan sama anda simptom yang dialami adalah berkaitan dengan buasir atau masalah lain.
Tahap-tahap Buasir dan Tanda-tanda
Lazimnya, terdapat 4 tahap buasir yang anda perlu tahu:
Tahap 1: Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
Tahap 2: Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan mula keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur).
Tahap 3: Keadaan yang sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.
Tahap 4: Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.
Rawatan dan langkah pencegahan buasir yang betul boleh mengelakkan seseorang pesakit buasir daripada kesakitan yang berlebihan atau menjalani pembedahan untuk membuang tisu buasir. Kami akan senaraikan tips penjagaan dan rawatan buasir yang anda boleh lakukan di rumah sendiri.
8 Tips Penjagaan dan Rawatan Buasir di Rumah
- Elakkan daripada mengelap kawasan dubur dengan tuala yang kasar terutamanya bagi pesakit buasir yang mempunyai buasir pada Tahap 4.
- Sapukan gel yang mengandungi “zinc oxide” untuk melegakan radang dan bengkak pada buasir. Gel “zinc oxide” ini boleh diperolehi di mana-mana farmasi yang berdekatan. Antara jenama gel yang anda boleh dapatkan di farmasi adalah “Rowatanal”.
- Rendamkan punggung anda selama 15-20 minit pada mangkuk ‘sitz’ yang berisi air suam. kaedah ini mampu untuk merehatkan otot spinkter anus lalu mengelakkan otot tersebut daripada menjerut tisu buasir yang membengkak keluar daripada anus. Kaedah ini sangat sesuai diamalkan oleh pesakit buasir yang mempunyai buasir pada Tahap 4.
- Gunakan ubat-ubatan anti-inflamasi seperti ibuprofen atau naproxen untuk melegakan sakit dan radang pada buasir. Namun, pastikan anda mendapat preskripsi dan berbincang dengan doktor sebelum mengambil ubat-ubatan ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan lain jika digunakan dalam jangka masa yang panjang.
- Ambil ubat-ubatan yang ditetapkan oleh doktor seperti steroid atau ubat-ubatan yang menyekat pembentukan darah. Ubat-ubatan ini boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak dan menyembuhkan buasir dengan cepat. Namun, ubat-ubatan ini juga hanya boleh diambil dengan preskripsi dari pakar perubatan anda.
- Jangan terlalu kerap menggunakan tuala yang dibasahi dengan alkohol atau sabun yang mengandungi pewangi kerana ia boleh menyebabkan kekeringan dan iritasi pada kawasan dubur. Gunakan tuala yang lembut dan basahkan dengan air suam untuk membersihkan kawasan dubur.
- Jangan menggunakan seluar dalam yang ketat. Pemakaian pakaian yang ketat boleh menyebabkan tekanan pada kawasan dubur dan menyebabkan sakit atau radang pada buasir. Pakaian yang longgar dan selesa akan membantu melegakan iritasi di kawasan buasir.
- Pastikan untuk menjaga kesihatan diri anda dengan mengambil ubat-ubatan yang ditetapkan oleh doktor mengikut masa, mengamalkan diet dan pemakanan yang sihat serta seimbang dan melakukan senaman secara lebih kerap.
Kaedah-kaedah rawatan dan pencegahan buasir seperti yang diterangkan di atas hanya sesuai diamalkan sekiranya anda telah berjumpa dengan pakar kesihatan untuk diagnosis dan mendapatkan nasihat. Jika selepas mengambil ubat-ubatan dan penjagaan dan anda mengalami simptom serius seperti demam, sakit yang berpanjangan pada anus dan terdapat pembentukan gangren, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk rawatan lanjut.
Baca lebih lanjut mengenai info, tanda-tanda, punca dan rawatan buasir.
