severe haemorrhoids 6

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Sakit Buasir (Haemorrhoid)

TABLE OF CONTENTS

APA ITU BUASIR (Haemorrhoid)?

severe haemorrhoids 6

  • Buasir adalah saluran darah yang membengkak di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Gejala ini akan menjadi isu yang lebih besar apabila ianya menjadi radang atau makin membengkak.
  • Buasir boleh dibahagikan kepada dua jenis dan ia bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Simptom dan komplikasi juga berbeza mengikut jenis buasir yang dihadapi.

Ketahui Jenis-Jenis Buasir:

Buasir dalaman

  • Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum.
  • Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan.
  • Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.

Buasir luaran

  • Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur.
  • Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar.
  • Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.

Tanda-tanda Buasir: Bagaimana untuk Mengenalpasti Sakit Buasir?

Terdapat pelbagai simptom yang berbeza bagi setiap individu yang mengalami masalah buasir, juga tanda-tanda ini mungkin berlainan bagi setiap jenis buasir. Tetapi, antara simptom buasir atau tanda-tanda yang lazim bagi pesakit-pesakit adalah:

  • Perubahan rutin membuang air besar
  • Merasakan bahawa usus tidak kosong sepenuhnya selepas membuang air besar atau rasa tidak puas 
  • Najis berdarah
  • Gatal, pedih atau bengkak di dubur
  • Benjolan yang jelas di dubur dan dapat dirasai secara fizikal
  • Sakit semasa dan selepas membuang air besar
  • Hilang selera makan
  • Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan

Simptom yang disebut di atas juga merupakan simptom yang boleh menandakan kanser usus. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan pendapat doktor dan menjalani penilaian penuh sebelum menyimpulkan bahawa anda mengalami tanda-tanda penyakit buasir. 

Komplikasi Buasir

Lazimnya, buasir akan hilang dengan sendiri ataupun dengan rawatan yang minimum. Namun begitu, terdapat beberapa komplikasi yang mungkin terjadi dan ia merangkumi:

  • Darah beku atau thrombosis di dalam salur darah atau juga dikenali sebagai buasir thrombosed
  • Anemia yang disebabkan oleh kehilangan darah yang berlebihan
  • Jangkitan kuman
  • Ulser 
  • Bernanah pada permukaan kulit
  • Hilang kawalan terhadap pembuangan najis

Punca Buasir: Mengapa buasir boleh terjadi?

Buasir Buasir boleh terjadi dengan tekanan berlebihan terhadap saluran darah di kawasan dubur dan rektum dan merupakan penyakit yang sering dihadapi secara umum. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan penambahan tekanan kepada saluran darah di rektum atau dubur seperti:

  • Kehamilan: pembesaran janin boleh menyebabkan tekanan di kawasan dubur.
  • Proses penuaan: walaupun buasir lazimnya berlaku pada individu dewasa berusia 45 hingga 65 tahun, ia boleh juga terjadi pada siapa sahaja termasuk orang muda dan kanak-kanak.
  • Cirit-birit kronik: Buasir boleh berlaku pada individu yang mempunyai cirit-birit yang berterusan atau berulang kali
  • Sembelit: Proses buang air besar yang sukar dan proses peneranan yang terlalu ekstrim akan memberi tekanan pada saluran darah di kawasan dubur.
  • Duduk terlalu lama di tandas: Penggunaan tandas duduk mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding tandas cangkung. Ini kerana posisi duduk yang lama semasa buang air besar memberi tekanan yang lebih pada saluran darah di dubur, berbanding semasa menggunakan tandas cangkung.
  • Mengangkat berat: Mengangkat objek berat berulang kali boleh memberi tekanan pada saluran darah di dubur dan menyebabkan buasir.
  • Diet kurang serat
  • Obesiti
  • Faktor genetik

Langkah – langkah kurangkan kesakitan dan simptom buasir

Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengawal simptom-simptom buasir:

1. Elakkan sembelit

  • Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).
  • Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
  • Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir.

2. Mengurangkan kesakitan

  • Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
  • Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
  • Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen.
  • Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada dipasaran untuk rawatan buasir. Kebanyakkannya tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit disekeliling dubur.

3. Mengurangkan tekanan pada dubur

  • Duduk di atas bantal yang tebal dan lembut atau duduk di atas kerusi yang mempunyai sokongan pada bahagian belakang.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama.

Anda juga boleh mengambil makanan tambahan tradisional atau suplemen herba, tetapi pastikan mana-mana suplemen yang diambil mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kesejahteraan kesihatan anda. 

Antara suplemen herba yang boleh didapati di kebanyakan farmasi terpilih adalah DISPILES daripada keluaran GCHerbs. 

Baca juga lebih lanjut mengenai cara mengelakkan buasir menjadi lebih kronik.

Perlukah berjumpa dengan doktor untuk rawatan buasir?

Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya anda mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar. Doktor perlu memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti kanser usus. Pemeriksaan untuk kanser usus perlu dibuat terutamanya bagi mereka yang:

  • Berumur 40 tahun ke atas.
  • Mempunyai sejarah diagnosis kanser usus atau ahli keluarga/ saudara yang mengalami kanser usus.
  • Mengalami sakit atau ketidakselesaan perut.
  • Mengalami pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit dan/atau sembelit.
  • Kurang berat badan tanpa sebab tertentu.

Untuk pertanyaan lanjut dan sebarang diagnosis berkaitan buasir, anda patut merujuk doktor perubatan untuk memahami simptom, rawatan dan kaedah pencegahan yang terbaik untuk anda. 

4 comments

  1. […] Buasir terjadi apabila saluran darah di bahagian bawah rektum atau anus membengkak dan menjadi tisu yang membesar dan meradang. Faktor penyebab buasir termasuk apabila individu selalu meneran semasa pembuangan air besar, sembelit kronik, kehamilan, obesiti, usia lanjut, dan gaya hidup yang tidak sihat. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. Rawatan yang betul dapat membantu mengurangkan gejala-gejala dan membuatkan rutin harian anda boleh dijalankan dengan mudah dan selesa.  Terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh membantu mengurangkan gejala-gejala buasir. Kami akan kongsikan serba sedikit mengenai jenis-jenis rawatan dan ubat buasir yang dapat membantu anda mengatasi masalah ini. […]

  2. […] pencernaan anda lebih terjaga. Hal ini pastinya akan membantu anda mencegah sembelit, penyakit buasir, dan masalah kesihatan lain yang berpunca daripada pemakanan yang tidak […]

  3. […] berdarah dan rawatan diperlukan dengan tepat, supaya dapat mengelakkan pembedahan berlaku. Buasir prolaps, jika dibiarkan akan menjadi berdarah dan apakah ianya mempunyai rawatan yang khusus untuk […]

  4. […] masalah sembelit yang tidak dirawat sepanjang tempoh kehamilan lalu. Bayangkan kesannya adalah buasir. Kesakitan yang terpaksa dialami selepas bersalin. Dalam artikel ini kami akan berikan cara […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penghantaran Percuma

Tiada Syarat Pembelian Minima

Transaksi 100% Selamat

Online Banking / PayPal / Credit Card

100% Produk Asli GCHerbs

Kedai Online milik GCHerbs sendiri

Halal & Produk Lulus KKM

Ada Kelulusan Halal Jakim & KKM