Sembelit merujuk kepada kesukaran atau masalah jarang membuang air besar. Sembelit juga boleh membuatkan anda rasa tidak lawas walaupun telah membuang air besar. Sembelit adalah masalah yang biasa dihadapi atas faktor-faktor seperti diet rendah serat, dehidrasi, kurang aktiviti fizikal, dan kesan daripada ubat-ubatan tertentu. Berita baiknya adalah perubahan diet dan gaya hidup dapat membantu mengatasi sembelit secara efektif.
Khususnya, pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat dan air meningkatkan kesihatan usus, melembutkan najis, dan meningkatkan frekuensi pergerakan usus. Kami telah sediakan senarai 10 makanan dan minuman terbaik yang berfungsi sebagai penawar semula jadi dan dapat membantu mengatasi sembelit.
- Epal
Epal kaya dengan serat larut, terutamanya pektin, yang membantu melembutkan najis dan meningkatkan pergerakan usus. Anda boleh cuba makan epal dengan kulit untuk serat tambahan. Epal boleh dimakan begitu saja sebagai snek, ditambahkan ke dalam salad, atau dimasak dalam resepi seperti pai epal.

- Beri
Strawberi, raspberi, dan beri hitam adalah antara jeni beri yang penuh dengan serat, antioksidan, dan vitamin. Pengambilan beri dalam diet juga membantu memudahkan pergerakan usus. Anda boleh menambah beri ke dalam yogurt, bijirin, smoothie, atau salad.

- Prun
Prun pula mengandungi sorbitol, yang membantu melembutkan najis dan menggalakkan pergerakan usus. Prun boleh dimakan kering, dibuat sebagai jus, atau direbus dan dihidangkan dengan yogurt atau bijirin oat untuk melegakan sembelit.

- Sayur Berdaun Hijau
Bayam, kailan dan sayur berdaun hijau lain adalah sumber serat, vitamin, dan mineral yang sangat baik untuk menambah kualiti kesihatan pencernaan anda. Sayur berdaun hijau juga mengandungi magnesium, yang boleh membantu melegakan otot dan memudahkan pergerakan usus anda. Sayur berdaun hijau boleh dimakan mentah dalam salad, dikukus, ditumis, atau dicampurkan dalam smoothie buah-buahan.

- Keledek
Keledek mengandungi sumber serat larut dan tidak larut yang sangat baik untuk melembutkan najis. Keledek juga mengandungi beta-karoten, yang membantu mengawal radang usus. Anda boleh cuba panggang, bakar atau kukus keledek dan masukkan ke dalam makanan harian anda beberapa kali seminggu untuk membantu memulihkan sembelit secara semula jadi.

- Roti Gandum
Anda boleh mula beralih daripada roti putih ke roti gandum penuh (wholemeal) untuk mendapatkan lebih banyak serat dalam setiap keping. Roti gandum penuh boleh menggalakkan pergerakan usus yang teratur dan menyokong kesihatan usus. Roti gandum penuh juga mengandungi serat prebiotik yang membantu pembiakan bakteria baik di dalam usus, yang membantu memulihkan sistem pencernaan dan mencegah sembelit.

- Oat
Oat mengandungi serat larut yang dikenali sebagai beta-glukan, yang membantu melembutkan najis dan melancarkan pergerakan usus. Anda boleh mengambil oat dalam pelbagai menu atau dimakan begitu sahaja. Anda juga boleh tambahkan oat ke dalam smoothie, atau gunakan tepung oat dalam pembuatan roti untuk membantu masalah sembelit.

- Kacang dan Lentil
Semua jenis kacang dan lentil adalah kaya dengan serat, terutamanya serat larut yang membantu mengatasi sembelit. Kacang dan lentil juga mengandungi kanji dan oligosakarida, yang membantu pembiakan bakteria baik di dalam usus dan mengurangkan risiko radang usus. Tambahkan kacang dan lentil ke dalam sup, salad, atau sebagai snek harian untuk memudahkan anda membuang air besar.

- Chia seed & Flaxseed
Chia seed dan flaxseed adalah sumber serat yang tinggi untuk membantu penyerapan air dalam badan dengan lebih optimum dan melembutkan najis. Jenis bijirin ini juga mengandungi asid lemak omega-3 yang membantu mengurangkan keradangan di dalam usus dan meningkatkan kelancaran pergerakan usus. Anda boleh tambahkan chia seed atau flaxseed ke dalam yogurt, oatmeal, smoothie, granola, atau taburkan di atas salad untuk membantu mengurangkan masalah sembelit.

- Air dan Teh Herba
Pengambilan air yang mencukupi adalah penting untuk menjaga kesihatan pencernaan dan mengatasi sembelit. Dehidrasi boleh menyebabkan najis menjadi lebih keras dan mengganggu pergerakan usus. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari, dan lebih banyak jika anda aktif secara fizikal atau dalam cuaca panas. Anda juga boleh cuba minum teh herba seperti teh chamomile, teh peppermint, atau teh licorice yang dapat membantu mengurangkan sembelit dan meningkatkan kesihatan usus.

Kesimpulannya, makanan berserat tinggi, bijirin penuh, kekacang, dan pengambilan air yang mencukupi adalah penting untuk membantu mengatasi sembelit. Selain itu, jangan lupa untuk mengamalkan gaya hidup yang aktif, kerana aktiviti fizikal juga membantu merangsang pergerakan usus dan mengurangkan risiko sembelit. Jika sembelit anda berterusan walaupun telah mencuba langkah-langkah ini, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut dan kaedah rawatan yang bersesuaian.
Jika anda perlukan sokongan makanan tambahan untuk kesihatan pencernaan anda, dapatkan makanan tambahan kami yang mempunyai sijil kelulusan daripada KKM. Clean 8 yang berasaskan herba adalah suplemen untuk masalah sembelit, pencernaan dan perut buncit.

[…] makanan penyebab sembelit seperti kerepek, makanan segera, daging, makanan sedia di makan seperti makanan ringan serta […]
[…] Fungsi serat dalam makanan bantu melembutkan najis, supaya lebih mudah untuk dikeluarkan.Antara makanan yang mengandungi tinggi serat adalah daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, kekacang, kacang dan lentil. […]