sembelit teruk

Sembelit teruk? Ini 5 Simptom, faktor dan cara elakkan sembelit

Sembelit teruk adalah kesukaran membuang air besar, sehingga menyakitkan individu tersebut ketika proses pembuangan. Sembelit yang teruk membolehkan individu terkena buasir seterusnya ke peringkat kanser. Penyebab  sembelit teruk, disebabkan oleh dari pergerakan usus yang perlahan melalui kolon, lambat mengosongkan kolon, dan gangguan Gastrousus. Dalam artikel akan diberitahu mengenai simptom dan cara bagi mengelakkan dari sembelit yang semakin teruk.

Siapa yang lebih mudah mendapat  sembelit teruk?

Segelintir orang lebih mudah  untuk mendapat  sembelit teruk , termasuk

  1. Wanita.  Terutamanya semasa mengandung.
  2. Wanita  selepas bersalin. 
  3. Individu  dewasa yang lebih tua.
  4. Individu yang makan sedikit atau tiada serat dalam pelan pemakanan harian mereka.
  5. Individu  yang mengambil ubat tertentu. 
  6. Mereka yang mengamalkan  makanan tambahan. 
  7. Orang yang mempunyai masalah kesihatan tertentu.  Termasuk gangguan fungsi gastrousus. 

Mengapa mereka mudah terkena sembelit teruk?

  1. Wanita mengandung, kebiasaannya menjadi sembelit teruk akibat pengambilan ubat zat besi dengan dos yang tidak bersesuaian dengan keperluan tubuh badan. 
  2. Manakala wanita selepas bersalin terkena sembelit kerana kekurangan mengamalkan air masak secukupnya. 
  3. Mereka yang mengamalkan makanan tambahan dan supplemen gagal mengamalkan air masak secukupnya. 
  4. Mereka yang gemarkan menangguh proses membuang air besar. 

Apakah simptom dan gejala  sembelit teruk? 

Gejala sembelit yang teruk dapat dilihat pada awalan iaitu perut terasa sakit sebelum membuang air besar. 

Kekerapan dapat dilihat melalui pembuangan najis. Jika 3 kali seminggu, ia bermakna anda sembelit.

  1. Najis selalunya besar dan keras. 
  1. Najis berketul.

3. Najis kering.

4. Anda akan meneran sewaktu membuang air besar, serta menyakitkan. 

5. Merasakan seakan membuang air besar tidak puas.

Gejala sembelit teruk yang lain : 

  1. Pendarahan dari bahagian bawah usus besar  menuju ke dubur. Ia dipanggil rektum, dan  menyimpan najis sebelum pergerakan usus.
  2. Darah dalam najis anda.
  3. Sakit yang berterusan di perut anda.
  4. Ketidakupayaan untuk melepasi angin dalam sistem pencernaan.
  5. Muntah-muntah.
  6. Demam.
  7. Sakit pinggang.
  8. Berat badan turun tanpa diet.

Mengapakah masalah sembelit teruk semakin memburuk?

Kebiasaannya, ubat-ubatan dan makanan tambahan akan memburukkan lagi gejala sembelit. 

  1. antasid yang mengandungi aluminium dan kalsium
  2. antikolinergik dan antispasmodik
  3. antikonvulsan—digunakan untuk mencegah sawan
  4. penyekat saluran kalsium
  5. diuretik.
  6. suplemen zat besi.
  7. Ubat yang digunakan untuk merawat penyakit Parkinson.
  8. Ubat sakit narkotik.
  9. beberapa ubat yang digunakan untuk merawat kemurungan 

Faktor lain bagi sembelit teruk

Iaitu perubahan aktiviti harian anda dan juga corak  hidup. Sebagai contoh, pergerakan usus boleh berlaku jika : 

  1. Anda menghabiskan masa dengan melancong. Dalam masa yang sama, anda duduk terlalu lama sepanjang perjalanan. 
  2. Kandungan hamil sedang membesar, menyebabkan sembelit. Tekanan di bahagian antara rahim dan anus.
  3. Usia semakin meningkat.
  4. Anda mengabaikan keinginan membuang air besar. Melambatkan proses pembuangan air besar. 
  5. Bertukar ubatan.
  6. Anda mengamalkan makan dengan banyak atau menukar corak pemakanan secara tiba-tiba. 

Bagaimanakah cara melembutkan najis keras?

Perbanyakkan makan makanan serat, supaya najis tidak akan menjadi keras. Najis keras terjadi, disebabkan bahagian makanan yang tidak dicerna. Serat membantu menjadikan najis lembut supaya ia bergerak dengan lancar melalui kolon anda. 

Serat larut bertindak larut dalam air dan ianya terdapat dalam kacang, buah-buahan dan produk oat. Manakala, serat tidak larut. Ianya tidak larut dalam air dan terdapat dalam produk bijirin penuh dan sayur-sayuran. Kedua-dua jenis serat membantu mencegah sembelit.

Antara sumber serat yang baik ialah : 

  1. bijirin penuh, seperti roti gandum dan pasta, oat, dan bijirin serpihan dedak
  2. kekacang, seperti lentil, kacang hitam, kacang ginjal, kacang soya, dan kacang ayam
  3. Senarai ini juga buah untuk sembelit. Seperti beri, epal dimakan beserta kulit, oren dan pear. 
  4. sayur-sayuran, seperti lobak merah, brokoli, kacang hijau, dan sayur kolard
  5. kacang, seperti badam, kacang tanah, dan pecan.

Adakah cara hilangkan sembelit teruk?

Selain minum air kosong atau air putih. Anda juga boleh mengamalkan minuman berjus. Sebagai contoh, minuman jus buah-buahan dan jus dari sayur-sayuran. Walau pun ianya seakan janggal bagi segelintir orang, tetapi 2 jenis minuman ini sangat membantu masalah sembelit teruk. 

Tujuannya adalah membantu serat berfungsi dengan lebih baik. Perubahan ini juga dapat menjadikan najis lebih lembut serta lebih mudah dikeluarkan. 

Minum air mencukupi adalah salah satu cara hilangkan sembelit. 

Adakah cara hilangkan sembelit dengan cepat ?

Anda boleh elakkan makanan penyebab sembelit seperti kerepek, makanan segera, daging, makanan sedia di makan seperti makanan ringan serta makanan sejuk beku, dan makanan berproses seperti hotdog, nugget, dan burger. 

Jadi, jika anda mahu hilangkan masalah sembelit teruk dan mencegah sembelit sila elakkan dari mengambil makanan diatas. 

Sembelit yang teruk jika tidak dirawat cepat, akan mendatangkan penyakit lain iaitu buasir dalaman, buasir luaran dan berdarah.

Cara elakkan sembelit teruk berulang

Gluten 

Segelintir orang, badannya akan bertindak balas dengan Gluten. Iaitu protein yang ada di dalam bijian seperti gandum dan barli. 

Mereka yang sembelit teruk mengambil gluten adalah mempunyai masalah intolerens gluten. 

Apabila mereka yang mengambil gluten, sistem imunnya akan tidak dapat bertahan. Kesannya akan mencederakan usus. Disebabkan itu, mereka perlu mengamalkan diet bebas gluten. 

Alkohol 

Minuman beralkohol seperti arak, akan menyebabkan sembelit. Arak menjadikan tubuh badan dehidrasi, dengan menjadikan peningkatan pengeluaran air dari tubuh badan melalui perkumuhan air kencing. 

Daging merah 

Daging merah menyebabkan sembelit kerana rendah dengan serat. Serta mengandungi lemak tinggi. Proses penghadaman adalah lambat kerana lemak tinggi yang terdapat dalam daging merah. 

Makanan bergoreng dan segera

Bagi mereka yang gemarkan makanan bergoreng dan segera, sembelit terjadi disebabkan makan berproses. 

Gabungan makanan begini biasanya tinggi dengan lemak dan mempunyai serat yang rendah. Kesannya akan menjadikan proses penghadaman menjadi lambat. 

Selain itu, makanan ringan mempunyai kandungan garam yang tinggi. Penggunaan garam di dalam makanan ringan penyebab kepada najis menjadi kering. 

Najis yang kering, akan melambatkan proses pembuangan daripada badan manusia. 

Bijian 

Nasi, pasta, dan dan roti adalah makanan yang mempunyai serat rendah. 3 kelompok makanan ini akan memburukkan lagi masalah sembelit anda. Bagi mereka yang sembelit, boleh menggantikan dengan bijirin penuh yang lain.  

Bukan semua tubuh badan, dapat menerima makanan yang mempunyai serat rendah. Serat berlebihan akan menambah buruk lagi masalah sembelit. 

Bijirin penuh dapat membantu pergerakan usus menjadi lancar. Ketahui 10 jenis makanan pesakit sembelit

Kesimpulan : 

Cara hilangkan sembelit dengan cepat adalah dengan memastikan anda tidak mengamalkan pemakanan serat rendah seperti bijian, elak pengambilan daging merah, makanan bergoreng, makanan ringan, alkohol, dan gluten. 

Ikuti panduan diatas jika sembelit teruk. Jangan lupa, dapatkan juga ubat sembelit farmasi . Satu-satunya cara hilangkan sembelit dengan cepat dengan pengambilan GCHerbs Clean 8 . Jangan risiko kan diri anda kepada penyakit buasir!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penghantaran Percuma

Tiada Syarat Pembelian Minima

Transaksi 100% Selamat

Online Banking / PayPal / Credit Card

100% Produk Asli GCHerbs

Kedai Online milik GCHerbs sendiri

Halal & Produk Lulus KKM

Ada Kelulusan Halal Jakim & KKM