petua melancarkan penghadaman

Petua mudah melancarkan penghadaman yang sihat.

Masalah sistem penghadaman lemah, biasa disebabkan pelan diet yang tidak seimbang dan juga gaya hidup yang tidak sihat dengan pemakanan viral seperti tinggi kandungan gula dan makanan berproses. Kesan daripada tersebut, akan mengakibatkan kesukaran membuang air besar. Dan, akhirnya menjurus kepada sembelit yang teruk. Dalam artikel ini, kami dedahkan bagaimana ingin sihat dengan petua melancarkan penghadaman dengan baik serta lancar. 

Apa yang menjadi penyebab penghadaman bertambah teruk ?

Tanda-tanda sistem penghadaman lemah

Penyakit yang menjejaskan saluran gastrousus atau pencernaan boleh menyebabkan penghadaman yang lemah. Beberapa gejala biasa penyakit pencernaan termasuk:

  1. pedih ulu hati
  2. senak ( dispepsia )
  3. kembung perut
  4. Sembelit

4 gejala diatas terjadi kerana tidak mengikuti petua melancarkan penghadaman seperti dalam artikel ini.

Sindrom usus rengsa (IBS)

IBS adalah gangguan pencernaan yang biasa. Antara 10 dan 15% orang dewasa menghidap dengan gejala IBS.

Penghidap IBS mengalami perubahan dalam pergerakan usus sebagai tindak balas kepada tekanan. Ini mungkin termasuk pengalaman sukar dalam kehidupan awal, kebimbangan kesihatan mental, atau jangkitan bakteria.

Penyakit radang usus (IBD)

Kolitis ulseratif dan penyakit Crohn adalah dua bentuk IBD. 

Kolitis ulseratif (UC) berlaku akibat tindak balas abnormal sistem imun. Keadaan ini menyebabkan keradangan dan ulser pada lapisan usus besar. lebih kurang 600,000–900,000 di Amerika Syarikat. Orang yang menghidap penyakit Crohn mengalami kerengsaan dan keradangan di seluruh saluran penghadaman.

 Faktor mengapa masalah penghadaman semakin lemah

Makanan berproses

Iaitu makanan yang berproses seperti hotdog, daging burger, nugget, dan kentang goreng. Makanan berproses mengandungi garam tinggi dan akan meningkatkan gula darah. Selain itu, meningkatkan keradangan serta menyebabkan pencernaan bertambah teruk. 

Pencernaan 

Makanan yang menjadi punca kepada masalah kembung dan Diarrhea. Sebagai contoh, mereka mempunyai masalah diatas akan sukar melakukan proses pencernaan makanan. 

Ubat-ubatan 

Antibiotik juga menjadi penyebab utama masalah penghadaman. Akan menjadi berlarutan dan kesan buruk jika anda berhenti ubat tersebut. 

Dehidrasi 

Jika anda kurang minum air secukupnya, masalah sembelit akan muncul. Apabila tidak menerima air secukupnya, najis menjadi keras dan pergerakan usus menjadi lambat untuk proses pembuangan air besar. 

Diabetes

Pesakit diabetes akan mempunyai tekanan gula dalam darah tinggi, yang mana menjadi penyebab Gastroperesis dengan masalah penghadaman. Pantau masalah kencing manis anda supaya ianya tetap terkawal.

Petua melancarkan penghadaman secara semulajadi atau bersihkan usus yang kotor

Teh pudina


Pudina juga mengandungi minyak meruap yang membantu meningkatkan penghadaman anda. Caranya adalah dengan merebus beberapa helai daun pudina bersama segelas air dan minum teh pudina dalam keadaan suam.

Cadangan lain :  Anda juga boleh menambah beberapa titis minyak pudina yang boleh dimakan ke dalam segelas air suam untuk melegakan masalah pencernaan. Walau bagaimanapun, pudina diketahui memburukkan tahap berasid dalam badan dan memakannya apabila anda mengalami pedih ulu hati mungkin bukan ubat yang betul. 

Serat


Orang yang mempunyai masalah sembelit biasanya mengalami perasaan lembab bersama kembung dan gas. Dalam sesetengah kes, mereka juga mungkin mengalami sedikit sakit kepala atau rasa lesu yang tidak sesuai. Untuk menangani gejala ini, sebaiknya tingkatkan serat dalam diet anda. Tujuannya mahu memastikan sisa badan anda disingkirkan dengan mudah. Pisang dan sayur-sayuran berdaun kaya dengan serat dan boleh membantu menangani masalah seperti sembelit. 

Elakkan stress

Masalah sistem penghadaman, sering mempunyai kaitan dengan tekanan dan kebimbangan yang melampau. Oleh itu,  ianya tidak bagus untuk minda atau badan anda. Apabila anda berasa tertekan, amalkan yoga, meditasi atau senaman fizikal untuk mendapatkan kelegaan.  Perkembangan tersebut dapat dilihat dari masa ke masa. Anda akan melihat penurunan beransur-ansur dalam masalah pencernaan yang berkaitan dengan tekanan. Ini lah salah satu petua melancarkan penghadaman.

Elak makanan yang sejuk pada waktu malam

Mengamalkan makanan dan minum sejuk pada waktu malam ada suatu gangguan kepada pencernaan. Oleh itu, kami cadangkan anda makan makanan yang suam bagi mengelakkan daripada masalah penghadaman menyerap nutrien yang anda makan. 

Majoriti daripada mereka gemarkan meminum air masak sejuk pada waktu malam.

Senaman 

Senaman ringan boleh membantu menyokong pencernaan yang sihat. Berdiri tegak dan aktif membolehkan graviti membantu memindahkan makanan melalui sistem pencernaan.

Sebagai contohnya, berjalan perlahan di sekeliling blok boleh mengurangkan kembung perut dan mengurangkan rasa kenyang.

Aktiviti fizikal meningkatkan aliran darah ke otot dalam sistem pencernaan, yang membantu memindahkan makanan di sepanjang saluran pencernaan. 

Oleh itu, pastikan anda mengambil serius dengan petua melancarkan penghadaman yang diberikan.

Apa cadangan terbaik untuk membersihkan usus yang kotor

Satu cara terbaik dalam melancarkan masalah penghadaman anda iaitu dengan diet. Melakukan diet tidak seimbang mungkin menambah buruk lagi sistem pencernaan. 

Pelan makanan diet yang betul dapat membantu pencernaan dengan selamat. Sebagai contoh dengan melakukan mediterranean diet dapat menguruskan IBS seperti gangguan pencernaan. Diet ini fokus kepada lemak ikan, minyak zaitun, dan sayuran. 

Herba 

Herba cleans 8  GCherbs yang terkandung iaitu : 

Aloe Vera Folium 

Aloe Vera yang digunakan secara tradisional bagi memulihkan kesan terbakar, gigitan serangga, ekzema dan juga masalah penghadaman yang menjadi penyebab kepada keradangan antimicrobial dan penyembuhan luka.

Radix Aucklandia Lappa 

Tumbuhan herba yang dijumpai di China. Dinegara China, ia di kenali  dengan nama lain iaitu Muxiang. 

Digunakan secara tradisional dan  diyakini berkesan merawat masalah asma,  batuk, kolera, kulit penyakit kronik, influenza, quartan malaria, kusta,  sakit perut, gigi, dan demam kepialu melalui penggunaan berasingan atau lain dengan gabungan herba tambahan. 

Radix Et Rhizoma 

Daun herba yang dikatakan sangat mujarab dalam merawat masalah sembelit dan penghadaman. 

Polygonum multiflorum, semen cassia obtusifolia dan semen cassia Angusfolia. 

Buah-buahan untuk penghadaman

Selain itu, buah-buahan yang boleh di makan seperti buah oren, epal, dan pisang. Ia membantu penghadaman yang sihat kerana mempunyai vitamin C dan kalium. 

Selain itu juga, buah-buahan seperti vitamin C dan Kalium bagus dalam melancarkan sistem pencernaan dengan berkesan tanpa perlu mencederakan usus anda.

Sayuran hijau berdaun

Kaya  dengan nutrien yang membantu untuk penghadaman.Menurut artikel dalam jurnal Nature Chemical Biology , sayur-sayuran ini juga mengandungi sulfokuinovosa. Ini adalah gula yang boleh memberi makan bakteria yang sihat di dalam perut, dengan itu menggalakkan penghadaman.

Justeru itu, jika anda mahu membersihkan usus yang kotor boleh dapatkan Clean 8 iaitu satu-satunya petua melancarkan penghadaman sihat. Juga boleh didapati di senarai farmasi terdekat.

Kesimpulan bagi tanda sistem penghadaman lemah

Penyakit disebabkan masalah penghadaman tidak sihat akan menyapa kepada sesiapa sahaja, jika tidak menjaga pemakanan serta mengawal tekanan yang di hadapi setiap hari. Oleh itu, ikuti teknik dan petua melancarkan penghadaman seperti diatas iaitu dengan mengelakkan makanan berproses, ubat-ubatan tidak terkawal, elakkan dehidrasi berlaku serta kawal Diabetes anda jika ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penghantaran Percuma

Tiada Syarat Pembelian Minima

Transaksi 100% Selamat

Online Banking / PayPal / Credit Card

100% Produk Asli GCHerbs

Kedai Online milik GCHerbs sendiri

Halal & Produk Lulus KKM

Ada Kelulusan Halal Jakim & KKM