makanan bergoreng

8 Pantang Larang Makanan yang wajib Diketahui untuk Sakit Buasir

Penjagaan makanan untuk pesakit buasir adalah amat penting bagi mengelakkan simptom sedia ada menjadi semakin teruk, serta untuk mengurangkan kesakitan. Kita sedia maklum bahawa musuh utama pesakit buasir adalah masalah sembelit kerana ia akan menyebabkan kesakitan berlebihan. 

Oleh itu, bagi mengelakkan simptom yang lebih teruk, pencegahan daripada berlaku sembelit perlu dilakukan terlebih dahulu. Cleveland Clinic melaporkan salah satu punca sembelit adalah disebabkan pola pemakanan yang kurang sihat. Selain itu, masalah ini berlaku disebabkan kurang air, tidak bersenam, tekanan dan kesan sampingan ubat-ubatan tertentu. Terdapat pelbagai cara untuk mencegah dan merawat sembelit dan salah satunya pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayuran.

Atas sebab ini, pesakit buasir sering dinasihatkan untuk makan makanan yang tinggi kandungan fiber dan minum banyak air. Makanan yang tinggi dengan serat juga boleh mempercepatkan pemulihan radang serta membantu melembutkan najis dan memudahkannya melalui laluan usus dan rektum. Antara pilihan makanan yang tinggi dengan kandungan serat atau fiber adalah sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin penuh. 

Tetapi anda harus menambah serat dalam diet seharian anda secara sedikit demi sedikit jika anda tidak biasa mengambil kadar serat yang tinggi sebelum ini, jika tidak ia boleh menyebabkan masalah angin dan kembung perut pula. Anda boleh mulakan dengan menambah buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan seharian anda, contohnya hirisan pisang dalam bijirin, hirisan bayam dalam telur atau brokoli dalam masakan ayam.

Adalah penting juga untuk pesakit buasir bagi menjaga kadar hidrasi dalam tubuh badan, jadi anda perlu banyakkan minum air, sup, jus atau mengambil buah-buahan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai. WebMD mencadangkan pengambilan sekurang-kurangnya 8-10 gelas air sehari bersamaan dengan 2 liter bagi membantu mengurangkan kesakitan buasir. Kandungan air yang optimum juga boleh membantu serat berfungsi dengan lebih efektif.  

Pesakit buasir bukan sahaja harus tahu mengenai makanan yang digalakkan, tapi juga mengenai  jenis makanan yang patut dielakkan, atau pantang larang dalam pemakanan yang wajib anda ketahui.

Jadi, kami akan bantu senaraikan 8 jenis makanan yang anda harus elakkan jika ada sedang menderita dengan penyakit buasir. 

1. Produk tenusu

Sebagai contoh, aiskrim, keju dan juga mana-mana makanan yang mengandungi susu haiwan adalah dikelaskan sebagai produk tenusu. Produk tenusu lazimnya akan memberi ketidakselesaan kepada perut dan akan menambah gas, dan seterusnya akan menambah kesakitan bagi pesakit buasir yang mengalami sembelit. 

produk tenusu-dairy

2. Tepung putih

Contoh beberapa makanan harian yang terdapat tepung putih adalah roti putih, pasta dan juga kuih muih. Tepung putih adalah jenis tepung yang kurang serat, jadi ini adalah kurang baik untuk membantu penghadaman anda. Anda boleh cuba alternatif jenis tepung lain yang mengandungi kandungan serat yang lebih tinggi untuk menggantikan tepung putih dalam masakan. 

tepung putih flour

3. Daging merah

Daging merah mempunyai kandungan lemak yang boleh mangambil masa yang lebih lama untuk dihadamkan. Ia juga mengandungi kandungan serat yang rendah. Kedua-dua faktor ini boleh menyebabkan masalah sembelit bagi pesakit buasir. 

daging meraah red meat

4. Makanan bergoreng dan makanan ringan

Makanan bergoreng dan makanan ringan yang tinggi kadar minyak dan gula adalah musuh utama buasir. Ia boleh mengganggu sistem penghadaman dan menyebabkan buasir, iaitu antara simptom utama yang boleh menyebabkan buasir. 

makanan bergoreng

5. Daging proses

Contoh daging proses seperti sosej, daging burger, nugget dan lain-lain adalah tinggi dengan kandungan garam, tetapi begitu rendah kadar serat. Hal ini tidak akan membantu pesakit buasir menyelesaikan masalah sembelit dan kesakitan buasir. 

processed food

6. Makanan masin dan/atau pedas

Makanan masin boleh mengurangkan kadar hidrasi dalam najis dan akan menyebabkan najis anda terlalu kering dan susah untuk dikeluarkan. Sama juga dengan makanan pedas yang akan membuatkan proses buang air besar anda lebih menyakitkan dan tidak selesa. Jadi, dua jenis makanan ini mesti masuk dalam senarai makanan pantang anda. Makanlah makanan yang seimbang dan tidak terlalu masin atau pedas. 

salted food, makanan bergaram

7. Minuman berkafein

Minuman yang mempunya kafein seperti kopi dan teh akan membuatkan perut anda tidak selesa dan boleh menyebabkan najis anda mengeras. Hal ini boleh mengakibatkan masalah sembelit anda lebih teruk, atau juga boleh mengakibatkan cirit birit, dan kedua-duanya akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. 

caffein

8. Minuman beralkohol

Pengambilan minuman beralkohol pula boleh mengakibatkan masalah dehidrasi, atau kekurangan air dalam badan. Ini juga akan mengakibatkan masalah sembelit. Jadi anda hanya digalakkan untuk minum air putih yang cukup dalam diet seharian bagi membantu sistem penghadaman anda dan memudahkan najis untuk dikeluarkan tanpa rasa sakit yang berlebihan. 

alcohol

Senarai yang kami berikan adalah untuk rujukan umum sahaja dan bergantung kepada keperluan diet dan pemakanan setiap individu. Untuk nasihat yang penuh, anda boleh mendapatkan konsultasi doktor atau pakar pemakanan anda. 

Baca juga lebih lanjut mengenai info, tanda-tanda, punca dan rawatan buasir, 

Anda juga boleh mengambil makanan tambahan atau suplemen herba untuk membantu mencegah atau mengurangkan simptom buasir, tetapi anda harus memastikan suplemen tersebut mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antara salah satu suplemen herba yang dipercayai dan ada dijual di kebanyakan Farmasi terpilih ialah DISPILES.

One comment

  1. […] Diet tinggi lemak, rendah serat . Baca mengenai pantang larang pemakanan buasir. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penghantaran Percuma

Tiada Syarat Pembelian Minima

Transaksi 100% Selamat

Online Banking / PayPal / Credit Card

100% Produk Asli GCHerbs

Kedai Online milik GCHerbs sendiri

Halal & Produk Lulus KKM

Ada Kelulusan Halal Jakim & KKM