minyak kelapa coconut oil

Petua rawatan & ubat buasir tradisional untuk merawat atau kecutkan buasir

Buasir atau hemoroid bukanlah sesuatu masalah yang asing bagi golongan dewasa. Jika dibiarkan dan tidak dirawat, Ia boleh menjadi sangat menyakitkan dan mengganggu rutin harian anda. Tetapi, jangan risau kerana ada beberapa cara tradisional dan semulajadi yang boleh membantu merawat dan mencegah keadaan ini dari menjadi lebih kronik. 

Petua Tradisional untuk Merawat Buasir

Petua tradisional ini telah digunakan untuk berabad-abad lamanya untuk merawat masalah buasir dengan mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan yang melampau. Terdapat pelbagai petua yang boleh didapati dari orang dulu-dulu, sama ada untuk pengambilan secara oral ataupun secara sapuan luaran. Di sini akan dikongsikan beberapa petua yang anda boleh cuba, moga-moga masalah anda dapat diselesaikan. 

1. Minyak Kelapa Dara Organik

Minyak kelapa(1) adalah antara bahan yang digunakan secara meluas dalam petua tradisional disebabkan oleh khasiatnya yang boleh membantu melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak buasir. Minyak kelapa yang paling elok digunakan untuk petua ini adalah minyak kelapa dara organik kerana ia tidak melalui pemprosesan yang keterlaluan dan lebih berkhasiat. Anda boleh gunakan minyak kelapa sama ada untuk pengambilan secara oral atau sapuan luaran. 

minyak kelapa coconut oil
Gambar dari: Towfiqu barbhuiya

2. Mencuci dengan Air Garam “Epsom”

Garam Epsom adalah sejenis garam yang mengandungi magnesium dan sulfur. Meskipun disebut sebagai ‘garam’, namun garam ini bukan garam dapur yang biasa digunakan dalam masakan kerana ia lebih lazim digunakan sebagai ubatan atau rawatan tradisional. Untuk masalah buasir, garam Epsom boleh digunakan untuk melakukan “sitz bath”. Anda boleh campurkan garam Epsom dengan air suam dan rendam kawasan anus anda selama 20 minit. Selepas itu, anda boleh keringkan kawasan anus dengan tuala yang lembut. Tapi, jangan lap dengan terlalu kasar ya!

garam epsom

3. Bawang putih bantu redakan keradangan

Bawang putih mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan bengkak pada buasir anda. Bawang putih juga mempunyai sifat anti-bakteria yang boleh membantu masalah buasir anda. Petua tradisional mencadangkan memakan bawang putih atau mencampurkan dengan air untuk diminum. Terdapat juga petua yang mencadangkan untuk disapu di bahagian dubur. 

bawang putih garlic

4. Bertangas dengan Ramuan Daun Sirih

Rawatan tradisional bertangas(2) bukan sahaja untuk rawatan golongan wanita dalam pantang tau. Tangas daun sirih juga boleh membantu mengurangkan pembengkakan dan kesakitan untuk mereka yang menderita sakit buasir. Caranya adalah dengan merebus daun sirih yang telah dibasuh dalam air panas, kemudian anda boleh duduk di atas kerusi yang mempunyai lubang di bahagian tengah untuk memastikan wap ramuan air sirih tersebut sampai ke kawasan dubur anda. Tapi hati-hati, jangan terlalu dekat dan wap air jangan terlalu panas. 

daun sirih

5. Campuran Minyak Zaitun dan Madu

Madu(3) mempunyai khasiat untuk mengurangkan bengkak dan kegatalan dan adalah sangat berguna untuk masalah buasir. Anda boleh campurkan madu dan minyak zaitun untuk sapuan luar, dan campuran ini dapat membantu mengurangkan kegatalan dan pendarahan buasir anda. Tetapi, petua ini adalah untuk buasir yang tidak terlalu teruk ya. 

olive oil and honey
Gambar dari: PNW Production

6. Lidah Buaya

Gel yang boleh didapati daripada pokok lidah buaya(4) juga mempunyai sifat anti-radang dan boleh mengurangkan ketidakselesaan buasir. Anda boleh mengambil gel dari pokok tanpa sebarang campuran bahan lain dan sapukan kepada bahagian anus. Tetapi, anda perlu periksa dulu ya jika anda alergik terhadap gel ini dengan melakukan “patch test”!

lidah buaya - aloe vera
Photo by Van

Untuk rawatan buasir berasaskan herba, anda boleh dapatkan Dispiles, kapsul ubat buasir tradisional berkelulusan KKM yang diperbuat dengan ramuan tradisional terbaik, bersih, selamat dan halal untuk rawatan penyakit buasir.

Dispiles

Petua dan bahan-bahan yang telah disenaraikan di atas adalah berdasarkan petua tradisional ‘orang lama’. Namun, petua-petua ini tidak semuanya selamat untuk diamalkan jika buasir anda berada pada tahap yang lebih kronik. Pastikan anda dapatkan nasihat pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mencuba sebarang alternatif, dan berhenti menggunakan sebarang ramuan jika sakit dan kegatalan atau bengkak anda menjadi lebih teruk. Anda mungkin mempunyai alergi kepada bahan yang tertentu, jadi jangan lupa lakukan “patch test” terlebih dahulu sebelum meletakkan sebarang bahan sapuan. 

‘Mencegah adalah lebih baik dari merawat’. Jangan abaikan penjagaan makanan dan teruskan amalan gaya hidup sihat untuk pastikan tubuh badan anda lebih cerdas dan sistem pencernaan anda terjaga. Jika anda menjaga sistem pencernaan dengan baik dan elakkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan buasir, anda pastinya dapat mengurangkan risiko untuk mendapatkan buasir!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penghantaran Percuma

Tiada Syarat Pembelian Minima

Transaksi 100% Selamat

Online Banking / PayPal / Credit Card

100% Produk Asli GCHerbs

Kedai Online milik GCHerbs sendiri

Halal & Produk Lulus KKM

Ada Kelulusan Halal Jakim & KKM