Sakit lutut dan kebas-kebas merupakan salah satu sakit sendi yang selalu kita dengar. Dengan masyarakat yang semakin aktif masa kini, masalah sakit lutut kian meningkat samada di kalangan tua atau muda. Sakit lutut boleh berlaku disebabkan oleh kecederaan secara tiba-tiba, kecederaan lama atau penyakit tertentu seperti arthritis. Penyakit sendi seperti arthritis ini sering berlaku di kalangan orang yang telah berusia atas faktor penuaan. Ia merupakan sejenis sakit sendi yang disebabkan penuaan yang berlaku dalam sendi di mana permukaan sendi rawan semakin menipis dan cecair pelincir dalam sendi makin berkurangan. Ini akan menyebabkan ruang sendi menjadi semakin kecil. Bagi anda yang menghadapi masalah ini, lutut akan terasa sakit apabila sendi bekerja keras dalam melakukan aktiviti berlebihan. Selain itu, kebas-kebas juga akan terasa apabila anda berada dalam satu posisi untuk jangka masa yang lama seperti bangun tidur atau duduk yang terlalu lama. Hal ini kerana sendi menjadi ketat dan berlaku geseran pada sendi. Terdapat pelbagai punca dan faktor yang boleh menyebabkan sakit lutut dan kebas-kebas. Namun begitu, apakah tips untuk hilangkan sakit lutut dan kebas-kebas? Jika anda menghadapi sakit ini, artikel ini akan berkongsi tips untuk menghilangkan sakit lutut dan kebas-kebas sebagai panduan anda. Walaubagaimanapun, sila rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

 

Halia

Halia ialah ubat yang berkesan untuk mengurangkan sakit sendi. Tidak kira samada sakit lutut disebabkan oleh arthritis, kekejangan otot atau kecederaan, halia boleh mengurangkan kesakitan. Ini kerana ia mengandungi sifat antiradang. Kajian juga mengatakan bahawa halia boleh mengurangkan sakit sendi dan bengkak yang disebabkan oleh arthritis, jika digunakan secara kombinasi dengan rawatan dan ubat prekripsi doktor. Dengan pengambilan 2-3 cawan teh halia setiap hari secara konsisten, anda boleh mengubati sakit lutut dan kebas-kebas.

 

Cuka epal cidar

Cuka epal cider yang bersifat alkali, boleh membantu untuk melarutkan mineral dan toksik berbahaya di dalam sendi lutut. Selain itu, ia juga dapat memulihkan pelincir dalam sendi untuk mengurangkan sakit lutut serta menggalakkan pergerakan. Caranya ialah campurkan 2 sudu teh cuka epal cider ke dalam 2 cawan air kosong. Minum campuran ini setiap hari hingga anda rasa kesan nya.

 

Lemon

Lemon sesuai digunakan sebagai home remedy untuk sakit lutut yang berpunca dari arthritis. Lemon yang bersifat asid boleh bertindak sebagai pelarut untuk kristal asid urid yang menjadi punca kepada arthritis. Caranya ialah potong 1 atau 2 biji lemon kepada potongan kecil dan bungkus dalam kain kapas. Celupkan kain kapas ke dalam minyak bijan. Letakkan kain itu pada lutut yang sakit selama 5-10 minit. Amalkan 2 kali sehari sehingga sakit hilang.

 

Senaman

Senaman biasa seperti senaman sendi dan otot adalah penting untuk meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti. Selain itu, senaman juga boleh mengurangkan sakit, menggalakkan pergerakan dan mengurangkan keletihan. Senaman yang sesuai bagi anda yang sakit lutut adalah seperti berjalan dan berenang. Elakkan senaman berat seperti berlari atau melompat kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. Dapatkan nasihat doktor mengenai program senaman yang sesuai untuk anda.

 

Mengekalkan berat badan ideal

Kekalkan berat badan ideal dan kurangkan berat badan jika perlu. Ini kerana berat badan yang berlebihan akan menambah tekanan pada sendi dan menyebabkan sakit lutut. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, dengan mengurangkan 5% dari berat badan anda boleh melegakan tekanan pada lutut.

 

Amalkan diet yang sihat

Diet yang seimbang serta gaya hidup sihat dapat mengurangkan risiko sakit lutut. Terdapat variasi makanan yang bagus untuk kesihatan sendi lutut seperti ikan salmon, tuna, sardin, kekacang dan bijirin penuh.